6 Tips Mengajar anak di Rumah - Kisahsidairy.com

6 Tips Mengajar anak di Rumah

6 Tips Mengajar anak di Rumah

6 Tips Mengajar anak di Rumah | Umi share perkongsian seorang Teacher Nadirah Noorzalli di facebook beliau tentang tips mengajar dirumah

Memang rasa nak jadi hijau je muka ni bila bab nak ajar si Naura ni.Dia punya malas tu kadang-kadang rasa nak merotan je.Tapi tak pernah lagi teruk umi merotan.Sekadar rotan² manja tu ada.

Sekarang ni kemain mulut dia cakap Malas bila umi suruh dia buat something.Dup dap dup dap jelah dada umi ni nak marah.Tapi biasalah kan, anak-anak ni, bila kita cakap lembut,sehabis baik, barulah dia rela hati nak tolong kita.Bagi kata-kata pujian barulah jalan..Haishhh..

Macam tu jugaklah time belajar.Semenjak dia sekolah ni, umi dah hadkan sedikit penggunaan gadget pada dia.Bila dia baik, takde langsung mintak handphone.Ada masa-masa jugaklah.

Nak belajar pun kena peruntukkan masa yang singkat supaya dia tak bosan selalu.Tu pun kadang-kadang tak sampai 10 minit dia dah buat perangai.Boleh la dari tak belajar langsung kan.

Di facebook hari tu pun umi ada terbaca perkongsian seorang guru bernama Teacher Nadirah Noorzali.Harap dia izinkan perkongsiannya di tulis di blog umi.Moga Allah swt permudahkan urusan cikgu untuk terus berkongsi perkara yang baik untuk ibubapa..Insyallah.Oh ya, kalau nak tau Teacher Nadirah ni pengajar Bacalah Anakku  dan ReadEasy di APC TTDI Grove Kajang.Kot korang nak hantar anak untuk belajar menggunakan Kaedah Fonik memang umi sarankan untuk menghantar anak-anak ke sini.Jom baca perkongsian cikgu tersebut tentang tips mengajar anak di rumah.

 

6 TIPS MENGAJAR ANAK DI RUMAH

MASA MESTI SINGKAT

Kebiasannya daya fokus kanak-kanak sangat singkat.Sebab tu kita kena luangkan masa di antara 2-5 minit sahaja supaya anak tidak bosan.

Naura pun selalunya akan mengambil masa antara 2-5 minit tu jugak.Kadang kurang dari 5 minit.Bagi diorang masa tu dah begitu lama untuk diorang stay belajar kan.Jadi tidak terus membosankan anak-anak, cukup masa antara 2-5 minit .

 

BERHENTI SEBELUM JEMU

Pastikan kita berhenti sebelum anak-anak jemu.Supaya mereka akan kekal gembira.Pengalaman akhir yang seronok akan memudahkan proses belajar.Kenalpasti anak mula bosan.

Selalunya anak-anak ni kan, bila dah bosan mula buat perangai.Esoknya mesti dah taknak buat kerja rumah ataupun belajar.So, sebelum mereka bosan, lebih baik stop.Umi dah tau dah kalau dak Naura dah mula bosan, dia akan melentok sana sini, buat-buat jatuh pensil, lepas tu tulis pun macam nak taknak.Paling tak boleh dengar dia cakap, umi, adik dah ngantuk.Maknanya memang kena berhenti lah tu.

KERAP, KERAP, KERAP

Apa yang kerap tu? Kerap ulang aktiviti belajar 2,3 kali sehari samada selepas kita balik dari kerja.Selepas makan malam atau selepas rancangan tv.Dan tak lupa juga sebelum tidur.

Buat masa ni umi ambil masa malam lepas maghrib untuk masa belajar Naura.Kalau cuti sekolah, barulah umi buat dua kali.Iaitu pagi selepas umi siap mengemas dan waktu malam.Itu jelah.Yang lain tu banyak main je dak sorang tu.

KEEP COOL

Siapa ibubapa yang boleh cool memang umi tabik spring ๐Ÿ™‚ .Kata Teacher untuk memastikan anak belajar dengan baik dan sukakan kita, kita kena pastikan yang kita sentiasa cool, tenang dan ceria semasa mengajar.Elakkan diri dari marah, tidak sabar memaksa atau mendenda.

Kadang  tu ada gak umi bagi rasuah.Tapi kalau selalu dok asyik bagi rasuah kemain dia kang.So, umi cuba kunci rapat-rapat perasaan tu, paksa memberi senyuman yang sangaaat manis dekat dak Naura.Haduiii… sekarang sibuklah dok bandingkan dengan kakak dengan adik melur dia(sepupu dia yang dia dah anggap macam adik beradik dia)

So, umi lepas ni keep cool okeh!!

BERI PUJIAN DAN HADIAH

Banyakkan memuji anak-anak kita bila dia dapat buat sesuatu sangat bagus untuk menggalakkan mereka sentiasa minat belajar dan berikan hadiah yang sesuai untuk mengekalkan minat mereka.

Setiap kali lepas belajar umi akan beri dia reward sticker yang umi beli di Shopee..Nanti umi tunjuk dekat entry.Dekat buku dia umi tulis GOOD, dan dia tau good tu bermaksud dia dah lakukan yang terbaik,contohnya hasil tulisan dia. ๐Ÿ˜† 

 

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Bermain adalah dunia kanak-kanak.Masukkan unsur bermain dalam sesi belajar seperti aksi asosiasi berlari merebut kad.Pijak huruf, main memori game, teka huruf dan pelbagai lagi.

Bermain rebut kad tu umi belum buat lagi.Insyallah nanti tunggu kakak dia balik baru buat.Kalau dak naura sorang je main, nak rebut dengan sape ek? hehehehe…

Boleh la umi gunapakai tips yang diberikan.Benda baik kan, kita sharing untuk manfaat bersama…

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “6 Tips Mengajar anak di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *