5 CARA UNTUK PASTIKAN AZAM KITA BERJAYA

5 CARA UNTUK PASTIKAN AZAM KITA BERJAYA

5 CARA UNTUK PASTIKAN AZAM KITA BERJAYA|Tak terlambat untuk umi ucapkan selamat Tahun Baru.Tahun 2020 yang ramai menantikan kereta Terbang

Bila tengok kat timeline facebook, ramai yang cerita pasal kereta terbang ni kan? Tak mungkin akan wujud kerana itu hanyalah fantasi je.So, tak payah la nak kisah pasal kereta terbang.Apa yang perlu fikir adalah tentang diri, tentang masa depan kita.Tentang macam mana nak kukuhkan ekonomi keluarga yang semakin lama semakin mencabar.Dan yang paling penting adalah, untuk jadi insan yang lebih baik.Insyallah.

So, apa azam korang tahun ni? Kalau korang tanya umi, takde spesifik azam yang umi fikir.Cuma, mungkin berazam untuk jadi seorang insan yang lebih baik, isteri yang lebih baik,anak dan menantu yang lebih baik.Dan manusia yang lebih baik.

Kalau kita ada azam tahun lepas yang belum lagi tercapai, janganlah kecewa bila tak dapat ditunaikan.Mungkin ada sebab kemungkinan azam tu tak tercapai.Mungkin juga kita kurang berusaha atau belum tiba masanya apa yang kita nak tu tercapai.Allah swt tu dah berikan yang terbaik.Dan pastinya DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.

Pandang ke belakang semula, mungkin kita tidak bersungguh-sungguh untuk mencapai azam tersebut? siapa tahu kan?So macam mana kita nak berjaya untuk kita kekalkan azam tahun baru ni.Lets read perkongsian yang umi baca dari blog berita.mediacorp ni.

 

5 CARA UNTUK PASTIKAN AZAM KITA BERJAYA

Insyallah, yang penting kita usaha dan berdoa.Kalau tak tercapai, ingatlah bahawa Allah swt adalah sebaik-baik perancang.

MATLAMAT

kita tak boleh sasarkan satu matlamat yang tidak realistik untuk kita capai.Jika kita gagal kerana ia tidak realisitik, mungkin kita akan rasa kecewa dan putus asa.

So, cipta azam yang mudah dan dapat dilakukan dengan senang.Contohnya Nak diet.hahaha..Ramai yang umi tahu ada berazam untuk diet kan.

Diet tu mudah kalau kita betul-betul NAK.Tapi kalau hangat-hangat tahi ayam memang tak dapat ler..So, pin azam kat otak kita supaya kita sentiasa ingat.Dan lagi satu, usaha dengan lebih lagi untuk berjaya kekalkan azam tu ye.

AZAM PERLULAH KHUSUS

Perlu kita fikirkan aspek mana yang kita perlu perbaiki.Buat yang mana lebih penting dahulu.

So, bila kita tahu mana azam yang kita nak dahulukan, kita akan dapat menumpukan azam tersebut dan berusaha untuk menepatinya.

Contohnya kita nak sihat kan? so, makan makanan yang sihat-sihat.Sasarkan apa jenis makanan yang sihat untuk jadikan diri ni sihat.Hah!! faham?

 

BERITAHU MEREKA YANG DEKAT DENGAN KITA

Tidak menjadi masalah untuk memberitahu sahabat yang terdekat mengenai azam tahun baru kita.Jadi bolehla  menyokong  dan mengingatkan  tentang pencapaian sejauh ini.

Sokongan dari orang yang terdekat sangat diperlukan untuk memberi maklum balas yang positif

GANJARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Self Reward tu penting atas usaha kita yang membuahkan hasil.Dengan itu, kita boleh berusaha dengan lebih keras lagi untuk capai azam-azam yang di dalam list kita.Tak perlu tunggu sehingga azam kita tercapai pun takpe sebenarnya.Jadikan ia sebagai motivasi pada diri..

Bestkan..

 

LAKARKAN GARIS MASA

Bila kita lakukan azam baru setiap tahun, kita boleh lakarkan garis masa bagi setiap minggu mahupun setiap bulan supaya kita nampak progress azam kita dah sampai tahap mana.

Ia memberi kita peluang untuk membuat semakan terhadap tahap kemajuan kita dan pada masa yang sama kita boleh dah buat perancangan untuk masa hadapan

 

 

So….

Dapat sesuatu??

Umi sekadar berkongsi supaya umi sentiasa tanamkan azam untuk kekalkan azam supaya azam tu tercapai..hehehehe…

Apa pun DOA tu penting untuk kita teruskan perjuangan kehidupan.Hidup kena sentiasa perlu Move On!!

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *