4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Tahap Kesegaran Telur

4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Tahap Kesegaran Telur

4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Tahap Kesegaran Telur | Periksa Telur sebelum guna bagi mengelakkan keracunan yang pernah berlaku baru-baru ini apabila terjadinya Keracunan puding telur yang menyebabkan kematian.

Petikan dari berita harian baru-baru ini

Sebanyak 25 lagi kes keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih dilaporkan di Terengganu.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 99 orang berbanding hanya 74 orang semalam membabitkan daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia membabitkan seramai 77 pesakit yang tinggal di Kuala Terengganu manakala 22 pesakit lagi di Marang.

Katanya, seramai 35 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) termasuk seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital swasta (10 orang) manakala 23 lagi pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta.

“Bagaimanapun, 11 pesakit di HSNZ dan seorang pesakit di hospital swasta masing-masing sudah dibenarkan keluar hari ini.

“Semua pesakit di wad dilaporkan stabil kecuali pesakit di ICU yang dilaporkan berada dalam keadaan tenat.

“Selain itu, seramai 31 lagi mangsa keracunan dikesan namun simptom yang dialami mereka tidak memerlukan rawatan di hospital,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 48 individu mengalami keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Nor Azimi sebelum ini berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

Katanya, sebanyak 11 ujian swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut.

“JKNT turut menutup dapur premis jualan peniaga puding buih berkenaan mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun ini,” katanya.

 

4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Tahap Kesegaran Telur

 

 

4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Tahap Kesegaran Telur

1.Rendam Telur dalam air 

Ini adalah teknik yang paling popular iaitu dengan merendam telur dalam semangkuk air sejuk dan lihat sama ada telur tadi tenggelam atau terapung. Telur segar akan tenggelam di dasar manakala telur lama akan terapung di permukaan. Kenapa ini berlaku? Ini kerana semakin lama usia telur itu, semakin banyak udara yang memasuki telur melalui liang-liang halus tadi dan menyebabkan telur semakin mudah untuk terapung

2.Lihat Keadaan  kuning dan putih telur 

Teknik ini memerlukan telur dipecahkan terlebih dahulu kerana kita akan melihat keadaan kuning dan putih telur secara visual. Telur segar akan mempunyai kuning telur yang masih kental, elok bentuk bulatnya. Manakala keadaan kuning telur lama pula agak meleper dan agak cair (bentuk bulat tidak elok), malah kadang-kala ada yang melekat pada kulit telur. Perhatikan juga keadaan putih telur, jika warnanya keruh dan keadaannya agak melekit serta tidak cair ianya masih segar. Manakala jika warnanya agak jernih dan keadaannya cair makan ianya sudah lama.

3.Hidu Aroma Telur 

Telur yang sudah rosak akan mengeluarkan bau busuk átau orang dulu-dulu panggil ‘Telur Tembelang’. Kalau terpecah telur tembelang ni dalam rumah, mahu pengsan seisi keluarga anda dek tak tahan menahan bau busuknya.

4.Lihat Tarikh luput Telur

Kebanyakan telur yang dijual di pasaraya selalunya telah dibungkus dan ditandakan dengan tarikh luput sama ada pada kotak bungkusan atau permukaan kulit telur itu sendiri. Namun, jika anda membeli dari kedai runcit atau pasar borong mungkin telur tidak ada ditandakan dengan tarikh luput tapi anda boleh bertanya bilakah tarikh telur tersebut diterima oleh penjual tersebut. Sekurang-kurang tarikh itu dapat dijadikan rujukan kepada anda.

 

Pengajaran untuk kita sendiri bila membuat pilihan.Sebagai pengguna kita kena bijak dalam menentukan apa yang patut dan apa yang tak patut kita beli.Rajin untuk melihat dimana, bila dikilangkan dan expired date sesuatu barangan.

Umi tak pasti samada penjual puding telur tu tau atau tidak samada telur tu dah tak boleh digunakan.Mungkin juga dia sendiri tak tau telur itu menjadi punca keracunan makanan yang melibatkan ramai orang.

Jadi pengajaran juga pada umi supaya lebih berhati-hati untuk membeli apa jua produk yang melibatkan makanan ni.Tapi bila sebut pasal telur ni. Selalunya kalau dari pembekal jarang ada tarikh expired kan.Selalunya umi beli di Tesco atau pun kedai biasa.Tu pun beli yang 10 je dalam tu.Kalau dari pembekal tu jaranglah sebab umi tak beli dengan kuantiti yang banyak.

 

Loading

2 Comments

  1. Anak Sis paling cerewet bab telur dr dulu sampai sekarang, si Kakak…tapi bila dah jadi macam ni, haaa dia membebel macam-macam, tapi ada gak bagusnya cerewetnya…sebab tu rumah Sis jarang beli papan, selalu omega jer…takut plak nak makan telur…

  2. selalu nak beli telur memang akan cek tarikh luputnya..kalau nak melapis, lagi la kena berhati2 masa pilih telur sebab kita nak pakai banyak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *