July 10, 2020
3 Resepi Ayam Berempah Yang Mudah Dan Sedap

3 Resepi Ayam Berempah Yang Mudah Dan Sedap

3 Resepi Ayam Berempah Yang Mudah Dan Sedap | Siapa je kan tak suka dengan ayam berempah ni,Ada yang suka ayam goreng biasa je dan ada je suka ayam goreng berempah.

Nak buat ayam goreng ni banyak je resepi yang korang boleh google,tapi umi senaraikan 7 resepi ayam ayam berempah yang mudah dan sedap untuk korang.Yelah, bulan puasa nak dekat ni, mesti banyak menu yang korang cari kan.So, untuk senangkan korang meh, umi senaraikan resepi dari menu ayam berempah simple yang korang boleh ikut.

3 Resepi Ayam Berempah Yang Mudah Dan Sedap

1.Ayam Goreng Berempah Rangup

 BAHAN KISAR

  • 1 Biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • cili kering/serbuk cili ( ikut berapa banyak korang nak letak)
  • 3 batang serai
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1/2 sudu makan jintan manis
  • 3 biji buah keras- tak letak pun takpe
  • 2 biji telur ayam
  • sedikit asam jawa pekat
BAHAN PERAP AYAM
  • 1 sudu makan penuh serbuk kari
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam
  • Sedikit daun kari
  • Secubit gula
  • Sedikit serbuk perasa
CARA MEMASAK
  1. Satukan bahan kisar dan blend halus.Sebaiknya tak perlu masukkan air, Masukkan hanya untuk bolehkan mata kisar berpusing sahaja.
  2. Bersihkan ayam dan gaul menggunakan bahan kisar dan bahan perap.Biarkan selama 30 minit.Lagi sedap biarkan satu malam
  3. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana dan masukkan ayam.Tutup kuali dengan penutup periuk sewaktu menggoreng.
  4. 2-3 iminit sebelum ayam diangkat kena buka tutup periuk.Kaedah ini untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup tapi berjus didalam
  5. Untuk dapatkan serat yang garing, bila dah siap goreng semua ayam,ambil sedak yang tinggal dan goreng dengan api sederhana.
  6. Masa tengah goreng tu, kacau serdak supaya tidak bergumpal atau berketul.Bila dah garing, angkat tos dan tabur pada ayam goreng tadi.

credit : rasa.my

2. Ayam goreng berempah serai

Ni paling popular yang selalu sangat orang buat.Makan dengan nasi panas-panas dan yang penting ada sambalnya..memang ummph!!

Bahan-bahan diperlukan:
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng
Cara menyediakan dan memasak:
  1. campur bahan di atas tadi dengan ayam kecuali darun kari dan minyak.Gaul sebati dan perap selama 1 jam
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.Minyak tu hendaklah lebih supaya ayam tenggelam ketika menggoreng.
  3. Masukkan ayam ke dalam kuali dan goreng sehigga masak.Taburkan daun kari bila ayam tu dah setengah masak.
  4. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak yang berlebihan dan boleh la makan.

3.Ayam Goreng Berempah Chenom

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
  • garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 6 ulas bawang putih
    • 5 biji bawang merah
    • 3 inci halia
Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Tips dari Chenom
  • Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  • Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.

credit :chenom

 

Lepas ni boleh la umi try resepi ayam berempah di atas ni.Belum berkesempatan nak buat.Umi share resepi ni dulu.

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *