Peluang Pekerjaan dalam Sektor Kejuruteraan dan Kelayakkan yang Diperlukan | Entry ni kekda tulis kerana hari tu anak saudara kekda minta pendapat tentang sektor engineering yang pastinya gaji yang dimiliki oleh seseorang individu dalam bidang engineering ni agak tinggi.Disebabkan itu dia sangat-sangat berminat untuk menjadi salah seorang engineering satu hari nanti.
Kekda sebagai mak saudara of course la kan, beri dorongan supaya dia dapat kecapi apa yang diimpikan. Tapi sebelum tu, kenalah betul-betul fokus belajar memandangkan dia dah pun berada di tingkatan tiga.
Sektor Kejuruteraan ni merupakan salah satu bidang pekerjaan yang luas dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan keperluan industri.Kejuruteraan merangkumi pelbagai disiplin, termasuk kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik, kimia, petroleum dan banyak lagi.Jadi permintaan terhadap jurutera terus meningkat, terutamanya dalam industri pembinaan, tenaga pembuatan dan teknologi.
PELUANG PEKERJAAN DALAM SEKTOR KEJURUTERAAN
Terdapat pelbagai peluang pekerjaan bagi graduasi kejuruteraan antaranya ialah :
- Jurutera Awam - Terlibat dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastrukstur seperti jalan raya, jambatan, bangunan dan empangan.
- Jurutera Mekanikal - Bertanggungjawab dalam reka bentuk, pembuatan dan penyelenggaraan mesin serta sistem mekanikal.
- Jurutera Elektrik & Elektronik - Bekerja dalam pembangunan dan penyelenggaraan sistem tenagam telekomunikasi dan elektronik.
- Jurutera Kimia - Berperanan dalam industri pemprosesan bahan kimia, farmaseutikal dan minyak dan gas.
- Jurutera Petroleum - Mengkhusus dalam penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas.
- Jurutera Perisian - Membangunkan sistem perisian dan aplikasi untuk pelbagai industri.
- Jurutera Tenaga - Mengurus dan membangunkan sistem tenaga yang lestari, seperti tenaga boleh diperbaharui.
Kelayakan yang Diperlukan untuk Bidang Kejuruteraan
- Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan – Kebanyakan pekerjaan kejuruteraan memerlukan sekurang-kurangnya ijazah dalam bidang berkaitan seperti kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik, atau kimia.
- Pendaftaran dengan Lembaga Kejuruteraan – Di Malaysia, jurutera perlu berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) untuk mendapatkan status Jurutera Profesional.
- Kemahiran Teknikal – Mahir dalam penggunaan perisian kejuruteraan seperti AutoCAD, MATLAB, SolidWorks, atau perisian spesifik mengikut bidang masing-masing
- Pengalaman Industri – Latihan industri dan pengalaman kerja membantu meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.
- Kemahiran Penyelesaian Masalah – Kejuruteraan memerlukan keupayaan menyelesaikan masalah secara analitikal dan kreatif.
- Komunikasi dan Kerjasama – Jurutera sering bekerja dalam pasukan, jadi kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan sangat penting.
Syarikat EPC dalam Industri Kejuruteraan
- Kejuruteraan (Engineering) – Reka bentuk sistem dan struktur berdasarkan spesifikasi pelanggan.
- Perolehan (Procurement) – Pembelian bahan dan peralatan yang diperlukan untuk projek.
- Pembinaan (Construction) – Pelaksanaan kerja pembinaan dan pemasangan
- PETRONAS Carigali
- Sapura Energy
- MMC Engineering
- Dialog Group Berhad
- Muhibbah Engineering