PANDUAN LENGKAP PERSIAPAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN | Pejam celik pejam celik dah tak lama dah kita bakal masuk ke bulan Ramadan.Alhamdulillah dengan izin Allah kan.Macam mana dengan persiapan korang menyambut bulan Ramadan tu nanti.
Macam dah lama pulak kekda tak bercerita panjang lebar.Sejak-sejak ni nak duduk di PC kemain payah lagi.Rindu nak menulis macam ni lagi.Setakat ni kekda hanya menulis di diari sahaja.Bila tak sihat ni badan selalu cepat letih.Nak duduk lama memang payah sikit.Kalau menulis di buku, boleh juga baring-baring kan.
Sebelum kekda nak ucap selamat menyambut bulan Ramadan, terlebih dahulu apa kata kita cerita tentang persediaan menyambut bulan Ramadan.Korang dah habiskan puasa ganti? Selain tu apa yang perlu kita buat selain puasa ganti?Jom kekda share untuk renungan diri kekda sendiri jugak.
PERSIAPAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN
Bulan Ramadan ni adalah bulan yang kita tau penuh dengan keberkatan dan rahmat.Untuk menyambut bulan suci ini dengan sebaiknya, persiapan awal perlu dilakukan agar kita dapat jalani ibadah puasa dengan sempurna.
Dibawah ni kekda share hasil pembacaan kekda tentang persiapan menyambut Ramadan
1.PERSIAPAN ROHANI
- Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan memahami maksudnya
- Melazimi solat sunat seperti tahajud dan dhuha
- Memohon keampunan dan memperbaiki hubungan dengan sesama manusia
- Menyediakan hati dan minda untuk meningkatkan keimanan serta ketakwaan.
- Merancang jadual bacaan Al-Quran untuk khatam dalam bulan Ramadan. Misalnya, membaca satu juzuk setiap hari atau membahagikannya kepada bahagian kecil setiap solat fardu.
2.PERSIAPAN FIZIKAL
- Mengatur jadual makan dan tidur agar lebih teratur
- Menjaga kesihatan dengan pemakanan seimbang dan senaman ringan
- Mula berlatih puasa sunat untuk membiasakan diri dengan jadual Ramadan
3.PERSIAPAN KELUARGA
- Menggalakkan ahli keluarga untuk bersedia dari segi mental dan spiritual
- Menyediakan menu berbuka dan sahur yang seimbang
- Mengatur aktiviti ibadah keluarga seperti Tadarus Al Quran dan solat berjemaah
4.PERSIAPAN KEWANGAN
- Menyusun bajet untuk perbelanjaan sepanjang bulan ramadan dan syawal
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan
- Membayar zakat fitrah lebih awal untuk mengelakkan kesesakan di penghujung Ramadan
5.PERSIAPAN MENTAL DAN EMOSI
- Bersabar dan mengawal emosi dalam menghadapi cabaran
- Menghindari perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa seperti mengumpat dan berdebat
- Menanamkan niat untuk memperbaiki diri sepanjang bulan Ramadan
Nice sharing =)
ReplyDelete