Buffet Ramadan Johor di Bara Stulang JB Dengan Menu Ala Carte | Selalunya kekda akan suggest korang untuk buka puasa buffet style kan, jadi kali ni apa kata masuk dalam bucket list korang berbuka puasa dengan menu ala carte pulak.
Sebulan puasa kan sesekali kena menu ala carte memang sedap.Nak-nak dapat makan ikan bakar, tomyam, seafood dan lain-lain lagi.
Sape je tak kenal dengan Restoran Bara Stulang JB ni, semua tau kepakaran mereka menyediakan ikan bakar dengan sambal special diorang tu.Jadi yang nak rasa tu boleh terjah berbuka puasa kat sini
Macam hari tu kekda ke Bara Stulang JB, mereka menawarkan pakej ala carte mengikut berapa pax yang korang nak.Jadi bila berbuka puasa kat sini, korang just booking, sampai masa datang dan hidangan dah ada depan mata.Tak perlu lagi nak ambil makanan di meja buffet.
Buffet Ramadan Johor di Bara Stulang JB Dengan Menu Ala Carte
Untuk hari tu kekda pilih Set C untuk 4 pax.Portion memang puas hati.Kenalah dengan harga dan kesedapan dia.Jadi tak rugi kalau korang makan kat sini.Untuk set Iftar Ramadan ni terdapat 5 set yang korang boleh pilih bergantung kepada jumlah pax yang korang ada.
Untuk set yang kekda pilih ialah Set C dan apa yang ada kat Set C.Hah ni dia.Untuk set C ni harga dia RM349 sahaja.
- Siakap 3 Rasa
- Udang Masak Lemak Cili Api
- Sotong Goreng Kunyit
- Siput sedut goreng sambal
- Ketam Salted Egg
- Tomyam campur putih
- Telur bawang
- Nasi putih
Penuh satu meja dengan menu-menu ni.Memang kenyang makan weh.Kalau korang rasa tak cukup menu yang ada ni, boleh je korang ADD ON menu-menu lain.Kalau set C ni memang takde ikan bakar, jadi korang boleh la add on ikan bakar.
Siput sedut goreng sambal
Serius sedap! korang kena cuba tau siput sedut ni.Kalau takde siput sedut boleh je korang tukar kepada kerang.Mungkin ikut pada stock yang ada kot.Siput sedut dia besar-besar ye.Kekda bagi 5 bintang untuk Siput sedut goreng sambal ni.Walaupun pedas, tapi bila makan tak boleh berhenti pulak weh
Yang ni ketam salted egg.
Serius korang kena cuba menu ni.Ketam Salted egg ni tak cukup 2 ketul.Isi penuh dan sedap.Memang kekda bagi dia lima bintang la
Sotong goreng kunyit
Walaupun hanya sotong goreng kunyit, boleh dikatakan ianya berasa la.Cukup semua yang ada dalam sotong goreng kunyit ni.Kekda bagi 4 bintang.
Tomyam putih
Kalau dapat hirup tomyam putih ni panas-panas memang sedap kan.Untuk Tomyam putih ni semua ok je bagi kekda.Mungkin ada masamnya yang terlebih.Tapi overall ok.Kekda bagi 4 bintang
Siakap 3 rasa
Memang cukup rasa semuanya.Garing ikan pun tak terlalu garing jadi senang nak meratah.Kekda bagi 5 bintang
Udang masak lemak cili api
Tak menyesal untuk korang cuba.Memang cukup lemak dan rasanya.Udang pun fresh lagi tau.Jadi memang berbaloi korang cuba menu ni.Kekda bagi 5 bintang
Mereka juga ada menyediakan Free Flow Mini Buffet yang korang boleh ambil secara percuma.Mereka menyediakan minuman panas dan sejuk, kurma, bubur manis, buat potong, ulam-ulaman dan juga kuih muih.
Ambillah sebanyak mana korang nak yang ni free je.Tapi jangan membazir hah itu je la kan.
Padu betul ikan bakar dia kan.
Ni kalau kata korang tak sempat nak berbuka puasa kat sini tapi nak sangat makan makanan dari Bara Stulang JB ni, jangan risau sebab pakej untuk Take away pun ada
SET IFTAR RAMADAN - PAKEJ BAWA PULANG
Korang boleh pilih samada nak pakej kekanda atau adinda.Semua tu korang akan dapat dalam pakej ni termasuk air katira.Kekda dah cuba air katira kat sini.Sedap betul.Rasa lemak-lemak air katira dan tak berapa manis tu yang sedap tau.Kalau dah terlebih manis memang boleh potong kaki.Tapi yang ni memang just nice je.

RESTORAN BARA STULANG JB

bermula 3 Ramadan

7pm to 10pm
Tempat solat disediakan

016 402 0350
So, korang cepat-cepat booking ya!