Buffet Ramadan di Taste Of Johor Taman Tropika UTM Skudai | Orang-Orang Johor yang mencari buffet ramadan murah di sekitar Johor, ini adalah salah satu suggestion dari kekda.Silalah masukkan Taste Of Johor dalam bucket list buffet ramadan korang.
Bertempat di dalam UTM Skudai, Taste Of Johor akan berada disini dari 3 Mac hingga 29 Mac 2025.Jadi korang yang pernah datang ke UTM mesti rindu nak masuk sini kan.Dah alang-alang ada buffet ramadan didalamnya boleh la datang.Tapi datang makan je jangan nak merayap ke tempat lain pulak.
Kekda suka kawasan di buffet ramadan TASTE OF JOHOR ni, sebab dia buat memang dekat kawasan lapang.Nak parking pun mudah.Ada kemudahan bilik air dan juga surau.Masjid dekat je kat situ, lepas makan dah boleh terus pi terawih dah ui.
Antara menu yang kekda cuba ialah kambing dia.Memang sedap tau, tak letak sos blackpaper pun dah sedap.Memang menjadi tumpuan utama bila korang datang berbuka puasa kat sini.
Tengok pun dah telan air liur.Tak liat pun isi daging tu.Memang sedap rasanya.Itu belum cerita menu lain yang ada sini,Goreng-gorengan seperti mee goreng, kuew tiaw goreng, pasta dia pun sedap tau.
![]() |
Asam Pedas ikan Mayong |
Pari goreng berempah ni serius kekda suka.Kalau ada sesetengah tu bila goreng garing macam ni dia liat kan, tapi yang ni herlok tau.Yang ni kekda memang ambil banyak la.
Air panas lupa pulak kekda nak snap.Nampak air ni menyelerakan pulak.
Bila tengok gambar di atas, mesti korang dah boleh bayangkan kan macam mana tempat dia tu.Hah jadi apa tunggu lagi.
Oh ya! boleh tengok menu-menu lain di Page kekda di SINI ye
Actually untuk harga early bird sebenarnya mereka dah start jual dari 13 Februari hari tu sehinggalah 1 Mac 2025.Jadi mungkin ada masa sampai esok sahaja untuk harga Early bird berharga Rm45 untuk dewasa.Nak harga RM45 korang kena beli 100 voucher.So pakat-pakatlah dengan kawan-kawan atau saudara mara ye.
Tapi korang jangan risau sebab masih lagi mampu milik harga untuk berbuka puasa di Taste Of Johor ni.Macam biasa kekda letak kat bawah untuk harga dan tempahan
HARGA BUFFET RAMADAN TASTE OF JOHOR
RM49.90 Dewasa | RM39.90 warga emas | RM34.90 kanak-kanak
Nanti pakat-pakat dengan adik beradik dan saudara mara beli 100 voucher boleh dapat harga RM45 tu.