BUFFET RAMADAN THE WESTIN DESARU COAST kali ini menampilkan SAJIAN PANTAI DESARU bermula dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025.Lebih 100 jenis menu bakal dihidangkan kepada para tetamu yang hadir berbuka puasa kat sini.
Korang yang inginkan kelainan berbuka puasa sambil menikmati pemandangan pantai boleh la datang ke sini.Sesekali berbuka puasa di tempat peranginan ni syok jugak tu.Bolehla menginap sekali di sini bersama keluarga dan rakan tersayang.
Pada kekda sesekali beralih kepada suasana berbuka puasa yang santai di tepi laut ni memang best.Hilang segala penat lelah seharian berpuasa.Menu yang dihidangkan pula semuanya sedap-sedap belaka.Ikut pada tekak kekda la kan, tak taulah kalau tekak korang.
Antara menu yang sempat kekda rasa hari tu and pastinya akan rekemen kat korang ialah, bubur lambuk ayam dan daging.Cukup rasa dan pastinya korang tak menyesal ambil banyak kali.
Selain dari tu live stall di bahagian luar juga menghidangkan pelbagai jenis menu seperti sup tulang merah, sup tulang, apam balik, pisang goreng, siput sadut, kambing bakar, udang masak lemak dan banyak lagi la.
Itu belum dibahagian dalam yang menyediakan masakkan india, sotong kunyit, ikan siakap, segala jenis kerabu dan ulam-ulaman.
Nanti kalau korang berpuasa kat sini jangan lupa untuk rasa bubur lambuk kat sini tau.