BUFFET BUKA PUASA MUARA STEAMBOAT & GRILL SERENDAH RM50 SAHAJA | Tempahan terawal untuk 3 hari pertama bulan puasa korang berbuka puasa kat sini dapatlah harga yang dinyatakan tu.
Menariknya bila berbuka puasa di MUARA STEAMBOAT & GRILL ni, korang boleh pilih pakej makan sepuasnya iaitu Pakej A,B dan C.Nanti tu kekda akan ceritakan kat bawah ni apa itu pakej-pakej yang kekda sebutkan.
Satu lagi yang menarik berbuka puasa kat sini, selain makanan yang dihidangkan tu sedap-sedap, korang juga boleh menikmati pemandangan dan tempat ootd yang cantik-cantik.Di luar tu sebelum korang berbuka dapatlah tengok sunset.
Masa kekda join preview ramadhan tempohari mereka sediakan menu untuk pakej A.Pakej ni takde steamboat ye korang.Jadi kalau korang nak tambah steamboat korang boleh add on.Tak silap kekda ada 20% diskaun untuk korang yang tempah awal.
Untuk Pakej A ni hidangan utama mereka ialah nasi minyak, ayam goreng berempah, ayam rendang, daging lada hitam, ayam sweet & sour, gulai kambing dan beberapa menu lagi.
Pembuka selera pula seperti gado-gado, popia carbonara, tauhu bergedil, pepeas ayam dan lain-lain.
Ada juga disediakan menu potong dan hidang daging striploin & kambing panggang serta roti jala.
Pemanis mulut dari kuih muih sehinggalah dessert.Minuman pula air katira, limau asam boi, koktel buah.dan minuman panas.
Banyak jugakkan menu yang disediakan, makanlah sepuasnya selagi korang boleh makan.
𝐁𝐮𝐟𝐟𝐞𝐭 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | Muara Steamboat & Grill
Juadah istimewa, Kenangan bersama
Jum-Ahad
RM98++ dewasa
RM49++ Kanak-kanak & OKU
RM73++ Warga Emas
Pakej B(+ set dulang nasi arab)
Isnin-Khamis
RM88++ dewasa
RM44++ kanak-kanak
RM66++ warga emas
Jum-Ahad
RM98++ dewasa
RM49++ Kanak-kanak & OKU
RM66++ Warga Emas
Pakej C (+ set dulang nasi arab + set BBQ)
Isnin-Khamis
RM138++ dewasa
RM69++ kanak-kanak
RM66++ warga emas
Jum-Ahad
RM148++ dewasa
RM74++ Kanak-kanak & OKU
RM66++ Warga Emas
Tempahan Awal 3 hari pertama
Bufet makan sepuasnya
RM50(Dewasa dan Warga Emas)
RM25(kanak-kanak)
Steamboat makan sepuasnya
20% diskaun untuk semua pakej.
Untuk sebarang Pertanyaan
019 446 1665
Sedap2 semuanya tu. Rambang mata nak pilih makanan.
ReplyDelete