BUFET RAMADAN TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT DESARU | Kali ni kekda nak war-warkan dekat korang Buffet Ramadhan di Tunamaya Beach & Spa Resort yang terletak di Desaru Kota Tinggi.Untuk korang yang nak mencari kelainan berbuka puasa dengan suasana pantai, boleh la berbuka puasa di sini.
Orang di sekitar Desaru ni pun jangan lupa untuk berbuka puasa kat sini tau.Dengan membawakan menu Nusantara pastinya menjanjikan kepuasan pada korang menikmati juadah yang akan disediakan untuk para tetamu bermula bulan puasa nanti.
Tengok sahaja latar belakang tempat berbuka puasa ni hah.Mesti korang sukakan.Belum lagi menikmati juadah yang disediakan tu nanti.
Rasa Nusantara Buffet dinner yang akan bermula pada 5 Mac hingga 26 Mac 2025 ni menyajikan nasi kandar, kambing bakar, murtabak singapore, ambuyat, laksa Johor, masak lemak urat keting, ayam bakar bumbu bali, bakar-bakar kaunter dan banyak lagi tau.
Bukan itu sahaja, Sup Tulang Merah, roti john, pasta dan seafood on ice pun ada.Belum lagi termasuk dessert dan kuih muih melayu.Memang berbaloi dengan bayaran yang korang bayar dengan suasana macam ni.
Nak lagi best, boleh ambil pakej staycation sempena bulan ramadan.Nanti kekda update balik ye pengalaman menginap di Tunamaya Beach & Spa Resort ni.
Mana tau kan korang plan nak bercuti sempena bulan puasa nanti.Tak semestinya bulan puasa tak boleh bercuti kan.
HARGA EARLY BIRD
🗓️1st January- 28 February 2025
💳RM88 nett dewasa
💳RM58 nett kanak-kanak
NORMAL PRICE
💳RM108 nett dewasa
💳RM88 nett kanak-kanak
‼️Promo Buy 1 Free 1
RM158 dewasa/ RM88 kanak-kanak
‼️Booking dan keterangan lanjut
📱+607 833 8888
📥info.dtbsr@careluxuryhotels.com