BUFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | Tak lama je lagi kan Perayaan krismas akan kembali.Pasti cuti nanti korang korang ingin meluangkan masa bersama rakan dan ahli keluarga untuk keluar makan bersama-sama.Apa kata sempena Perayaan Krismas kali ni bawa ahli keluarga serta rakan handai untuk menikmati makan malam di Renaissance Hotel Johor Bahru.
Pada 24 dan 25 Disember 2024, apa kata korang bawa mereka untuk menikmati makan malam di sini dengan harga RM208 per pax dan nikmati lebih 400 jenis menu disediakan pada dua hari tersebut.
Bermula dari menu di dalam cafe sehinggalah di luar, korang akan nikmati buffet tanpa had.Hah! makanlah banyak mana menu yang korang nak makan kat sini.
Paling kekda suka adalah menu carving station yang menyajikan classic beef wellington, Baked Whole Salmon with herbs, Oven roasted herbs lamb leg dan rotisserrie whole turkey.
Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati Steam of the day iaitu Saudi Arabian Chicken Maqluba.Yang suka menu nasi arab wajib cuba menu ni tau.
Dekat bahagian luar korang boleh nikmati menu bakar-bakar fresh from oven, pasta dan juga fresh juice tau.Berbalik di bahagian cafe pulak, ada juga disediakan pelbagai menu seperti salad, satay, masakan melayu, chinese dan juga india.Korang yang sukakan sushi pun jangan risau, ada jugak ye disediakan pelbagai jenis sushi.Tak lupa juga Seafood on ice mereka memang fresh tau.Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu-menu yang disediakan disini.
Kekda rasa korang juga akan tertarik dengan dessert yang disediakan disini.Sebagai peminat dessert macam kekda ni, tengok je deretan dessert macam tak sabar nak rasa kesemua dessert yang disediakan.Meriah sungguh tau.
So, nikmat apa lagi yang nak kau dustakan bila nmapak dessert terbentang luas begini.hahahah.
Nak tengok banyak lagi menu korang boleh pergi ke page kekda kisahsidairydotcom tu.Kat situ banyak kekda share gambar-gambar menu yang sempat kekda ambil kat sana.Maklumlah tak sabar bebenau nak rasa menu yang disediakan disini.Nampak menarik weh! Tahniah kat Chef-chef di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel ni kerana menyediakan menu-menu yang menarik dan sedap-sedap disini.Patutlah setiap masa kat sini sentiasa penuh je dengan orang kan.
So, korang yang ingin membawa family makan malam sempena cuti Krismas nanti, hah dibawah ni kekda sertakan harga dan cara untuk korang booking.Kena booking awal kalau korang nak makan kat sini.Kalau fullhouse jangan salahkan kekda pulak ye.
REN Christmas Eve Dinner Buffet
24 Dec | 6.30 pm | RM208
REN Christmas Day Dinner Buffet
25 Dec | 6.30pm | RM208
BOOKING
Phone : https://wa.me/60177713327
Web : cafebld.com/specials