drama

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan | Drama terbaru dari slot Raihana Astro Oasis/Maya HD yang mula disiarkan pada 1 oktober 2018.Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini bersiaran pada hari Isnin,pada jam 9 malam.

 

Actually, aku tak berapa nak tengok tv sangat,sampailah ternampak ada kawan post pasal cerita ni.Yang penting abam Remy Ishak berlakon weh…Tengok episode pertama, terus jatuh cinta nak tengok ke episode seterusnya…alahaiii..kenapa sweet sangat Remy Ishak ni.Lelaki Kiriman Tuhan ni adalah adaptasi dari sebuah Novel hasil karya Novelis Umie Nadzimah.Di dalam cerita Lelaki Kiriman Tuhan ni, ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang sama membintangi drama ini.Senarai pelakon Lelaki kiriman Tuhan adalah Remy Ishak, Mirah Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmine Hamid,  Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong dan ramai lagi.Drama yang diarah oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd ini mempunyai 18 episod kesemuanya.

lelaki kiriman tuhan
LELAKI KIRIMAN TUHAN

SINOPSIS DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

 

Sikap romantik si Remy tu ler yang membuatkan aku terus nak tengok cerita ni okeh..Nak tunggu episode terasa lambat pulak.Yelah,cerita lelaki kiriman tuhan ni cuma sekali seminggu je.Tu yang tak sabar nak tunggu episode minggu depannya pulak.

LAGU TEMA DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN

  • Kisah Ku Inginkan nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Judika

Moh ler kita nantikan episode minggu depan dengan kesabaran

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE