DIET

Kurus dengan Intermittent Fasting

Kurus dengan Intermittent Fasting | Actually sebelum tu aku tak pernah lagi dengar pasal Intermittent fasting sampailah aku tergerak untuk jaga pemakanan aku.Itu pun sebab masa buat test Kolestrol, aku dapat tau yang kolestrol aku kena di paras yang perlu jaga.Boleh baca entry pasal tu di Entry ini.

Kita lebih familiar dengan diet atkin dan diat biasa je kan.Tapi pernah tak terdengar pasal diet menggunakan kaedah Intermittent Fasting ni.Jom baca entry seterusnya tentang kaedah diet Intermittent Fasting atau perkataan singkatnya IF.

intermittent fasting

Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting (IF) dalam bahasa yang paling mudah ialah berpuasa. Namun begitu, IF berbeza dari puasa wajib bagi orang Islam kerana konsepnya di sini seseorang itu dibolehkan mengambil apa sahaja jenis minuman dan makanan asalkan yang tidak membawa kepada kemasukan glukosa atau respon insulin; atau dalam bahasa diet, apa sahaja boleh diambil sepanjang tempoh ‘puasa’ asalkan ia 0 kalori. Ini termasuklah air masak dan minuman tanpa gula. IF ibarat seperti puasa yang disebabkan untuk tujuan ‘check up‘ darah keesokan pagi (fasting blood glucose).

Menurut penulisan Brad Pilon dalam bukunya yang bertajuk “Eat Stop Eat” telah menyenaraikan beberapa manfaat yang anda akan perolehi apabila mengamalkan IF ini. Antaranya adalah:

  1. Dapat mengurangkan peratusan (%) lemak dalam badan.
  2. Dapat mengekalkan struktur otot daripada proses penguraian.
  3. Kandungan gula dalam darah yang rendah.
  4. Kepekatan insulin yang rendah dalam badan.
  5. Mempertingkatkan proses liposis dan juga proses oksidasi lemak.

 

JENIS-JENIS INTERMITTENT FASTING ADALAH :-

Alternate Day Fasting: 36 jam puasa/12 jam berbuka
Eat Stop Eat: 24 jam puasa/1-2 kali seminggu
The Warrior Diet: 20 jam puasa/4 jam berbuka
The Fast-5 Diet: 19 jam puasa/5 jam berbuka
Leangains: 16 jam puasa/8 jam berbuka

 

Kitaran  FAS-FEED-FAST

Kitaran Fast-Feed-Fast adalah suatu yang normal dalam kehidupan manusia. Setiap hari, manusia berpuasa (fast) kira-kira 6-10 jam iaitu ketika tidur. Namun dalam kes ini, tempoh feed (makan) adalah lebih panjang iaitu kira-kira 14-18 jam, sekiranya individu tersebut makan dari sarapan pagi hingga supper di malam hari. Dalam protokol IF, tempoh fast adalah lebih panjang dari feed.

Untuk pemahaman yang lebih jelas, kami sertakan contoh mudah untuk anda ikuti.

Misalnya anda memilih untuk menjalani teknik diet IF ini selama 3 minggu dengan memilih protokol Lengains memandangkan ia lebih senang untuk dilakukan serta sesuai dengan gaya hidup seharian yang bekerja pejabat. Tempoh puasa akan bermula kira-kira jam 9-10 malam (selepas makan malam) dan berakhir kira-kira jam 1-2 petang pada keesokan harinya (berbuka dengan makan tengahari).

9-10 malam –> 1-2 petang keesokan hari = 16 jam (Fast)
1-2 petang –> 9-10 malam hari yang sama = 8 jam (Feed)

 

info dari : https://diarikurus.com

 

JADUAL INTERMITTENT FASTING

Kalau korang tak faham jugak bagaimana kitaran IF ni,boleh tengok jadual ni untuk lebih jelas bagaiamana ianya dihasilkan

intermittent fasting(IF) schedule

 

Itu baru cerita pasal IF,bagaimana pula dengan menu yang boleh mempercepatkan lagi usaha untuk kurus.Sejak aku follow #eatcleanmalaysia banyak resepi dan menu yang aku boleh cuba untuk lebih cepat kurus.Actually bukan hanya nak kurus,ianya adalah lebih kepada sihat.Dalam #eatcleanprogram pun dah di ajar kan tentang pengambilan makan yang berkhasiat.Yang penting kena ambil sukuseparuh nasi dan lebihkan makanan hijau yang segar.Penggunaan minyak jugak agak terbatas dengan menggunakan minyak sayuran dan juga Olive Oil.Yang penting air kena cukup untuk bakar kalori dalam badan.sekurang-kurangnya 3liter sehari.Dalam seminggu tu,buatlah zumba atau jogging.selalunya aku buat 3 hari sekali zumba malam.Yelah..itu je masa yang ada untuk berzumba…tu pun dalam rumah..Gasaklah nak,janji peluh keluar.

 

Tapi tulah..bila buat tu hati nak kena kental.Kena ambil risiko ni sebab kekadang tu kalau dah keluar dari landasan diet tu,habislah kena re-do balik.Tapi masih lagi dapat mengawal nafsu syaitooon tu untuk makan tak hengat dunia.Korang boleh tengok IG aku sebab aku ada share tentang menu eatclean yang aku buat tu. www.instagram.com/sitirohaida_yusof..Sila follow sekali ye.

 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE