INFO,  JOHOR

RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR MERSING

RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR MERSING | Ada rezeki lagi untuk bangsa Johor untuk memiliki rumah sendiri.Alhamdulillah.Moga semuanya dipermudahkan kerana Projek Rumah Impian Bangsa Johor iaitu di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim untuk penduduk Johor.

 

Projek rumah Impian ini bertempat di Mersing.Maka mereka yang ingin memohon RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR MERSING ni mestilah mempunyai kriteria-kriteria yang sudah di tetapkan oleh Yayasan Sultan Ibrahim.

RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR MERSING
RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR MERSING

RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR MERSING

1. Projek ini dibawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim – sebahagian daripada usaha Keluarga Diraja Johor dalam meringankan beban rakyat

2. Yayasan ini akan melantik pengurus projek dan kontraktor untuk mereka dan membina unit rumah mengikut spesifikasi Tuanku

3. Projek ini akan menjadi satu projek yang tidak melibatkan keuntungan

4. Rakyat turut akan menerima kemudahan dewan serbaguna, taman, kedai dan motel. Ia dibina dan dibiayai oleh DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor

5. Proses pemilihan yang ketat akan dilaksanakan dan disahkan melalui sistem komputer daripada UPEN

6. Jawatankuasa pemilihan terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan ahli-ahli lembaga Yayasan Sultan Ibrahim

KRITERIA PEMOHON YANG TELAH DITETAPKAN OLEH DYMM SULTAN JOHOR

1. Pemohon perlu terdiri daripada rakyat Johor
2. Pendapatan seisi rumah di bawah RM5,000
3. Bukan anak sulung atau anak tunggal
4. Tidak pernah memiliki hartanah sendiri sebelum ini
5. DYMM Sultan Johor mahu pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India. Baginda mahu membina semangat kemasyarakatan

CIRI-CIRI RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

1. Rumah teres satu tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air

2. Harga seunit bermula daripada RM70,000

3. Rumah teres dua tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air

4. Harga seunit berharga bawah daripada RM200,000

 

 

 

 

Kredit: HRH Crown Prince of Johor

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE