food,  food Review,  foodporn

Tauhu Semedang yang patut dicuba

Tauhu Semedang yang patut dicuba | Actually lama dah aku dengar pasal tauhu semedang ni.Tapi tak pernah lagi rasa nak mencuba.Ingatkan Tauhu Semedang ni sama je dengan tauhu yang biasa tengok di kedai tu.

Tauhu semedang ni orang kata dari Indonesia.Kalau korang rasa antara tauhu semedang dengan tauhu biasa, memang lain dan lebih sedap tauhu semedang ni.Aku pun tak tau sebenarnya asal usul sebenar tauhu semedang ni.Tapi dari pembacaan aku pasal tauhu semedang ni, ia agak konflik sikit.Meh baca tentang asal usu tauhu semedang ni

tauhu semedang
TAUHU SEMEDANG

ASAL USUL TAUHU SEMEDANG

Dari pembacaan aku dari sebuah blog indonesia, terdapat cerita yang menarik di sebalik kemasyhuran Sumedang ni.Nama Tauhu Semedang ni diambil dari satu tempat sejarah iaitu Sumedang.Tauhu Semedang ni telahpun wujud sejak tahun 1900 di mana terdapat salah seorang penduduk  di Semedang yang berhijrah dari China ke Kota Semedang Jawa Barat.Ong Kino ni kiranya terror la dalam pembuatan tahu yang asalnya sebenarnya dari China.So bila dia dah berhijrah ke Semedang,dan tauhu yang di hasilkannya mendapat sambutan, maka terhasillah nama tauhu itu sebagai Tauhu Sumedang.Wallahualaam.

Tapi cara pembuatan tahu dan resepi sebenar tu memang tak taulah apa yang dia guna selain dari soya.Ramai yang kata, tauhu semedang ni sangat berbeza dengan tauhu yang biasa kita makan.Potongannya pun lebih kecil dan rasanya tu lain sikitlah dari yang biasa..Kalau korang nak tahu, of course korang kena cuba sebab aku tak dapat nak menzahirkan bagaimana rasanya..ecewahhh…

So, dah beberapa minggu sebelum mendaratnya tauhu semedang di rumah ni, husband dok sibuk bagitahu aku yang dia dah rasa tauhu ni.Dia siap belikan satu tupperware Tauhu Semedang untuk aku cuba jugak.Bila dah takde idea nak masak apa, malam tu kitorang rewang tauhu semedang ni sampai habis sebekas.dua kali round menggoreng tauhu ni..Cepat nau habisnya.

 

Dan yang paling penting bila makan tauhu ni, WAJIB ADA SAMBAL KICAP…Kalau takde, macam tak lengkap ler makanan kami malam tu.kah². Nak lagi senang, aku goreng je Tauhu tu menggunakan Air Fryer.Eh…aku ada ceritakan pasal AIR FRYER HAIER tu.sebab tulah tahap rajin tu menjadi-jadi sekarang ni.Jadilah ia makanan sihat..sihat sangat lah kan.

Tahu Semedang

1st round menggoreng..Terus rasa tak cukup.Habiskan semua jelah kan.Jadinya malam tu tak payah ler nak makan nasi.Makan tahu ni je pun dah kenyang dah.

tahu semedang

Siap dah di goreng.sambal kicap mana oi sambal kicap..Dont worry sebab sambal kicap memang dah tersedia dalam fridge.Tinggalkan keluarkan dan cicah sahaja.Orang Johor kan wajib ada sambal kicap ni.So, mestilah wajib ada stock dalam peti ais.

Betul ke idok!! Korang yang nak dapatkan Tahu ni for sure, ramai je kat facebook atau jiran² korang ada menjual.Ini bukan food review,so takde tajaan mana-mana pihak.Sebab tu aku tak mention nama kedai atau orang yang jual tu.Tunggu kalau dia nak sponsor aku tauhu untuk setahun..hah..nanti aku bagitahu…kah² hakak gurau je….

 

 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE