produk review

Air fryer Haier dari GoShop sangat membantu

Air fryer Haier dari GoShop sangat membantu | Dah lama sangat mengidam nakkan Air Fryer ni.Selalu jugak dok survey harga dekat Shopee dan Lazada.Kalau tengok Air Fryer ni di Go Shop jangan cakaplah, selalu sangat cakap kat husband, nak kumpul duit beli air fryer.Maklum ler,kita bukan jenis petik jari terus dapat.Nak kena kumpul duit dulu baru boleh dapat Air Fryer ni tau..

Haier Air Fryer

Air Fryer ni sudah semestinya menjadi idaman setiap para suri rumah.Betul ke tidak.Di pasaran, pelbagai jenis dan harga Air Fryer ni.Ada yang murah dan ada yang mahal.Kalau membeli tu,ikut keperluan dan juga kewangan kita.Kalau rasa mampu,belilah yang mahal dan elok sikit kan.Apa yang best pasal Air Fryer ni, bila memasak atau menggoreng, selalunya menggorenglah kan.Tidak perlu minyak.Baguskan…jimat minyak tau.Kadang terfikir bagaimanalah Air Fryer ni memasak ye..Seperti yang aku terbaca di dalam satu blog, Air Fryer ni bekerja dengan mengedarkan udara panas yang berkelajuan tinggi mengelilingi makanan.Udara panas yang dimaksudkan datangnya dari kipas mekanik yang terdapat di dalam komponen Air Fryer.Suhu panas yang tinggi akan membuatkan kandungan air di dalam makanan berwap, shingga akan mematangkan masakan sekaligus menghasilkan tekstru makanan yang cukup baik.

Tak sangka impian menjadi kenyataan bila husband mendengar rintihan hati seorang isterinya.Akhirnya dibelikan jugak untuk isterinya Air Fryer idaman hati dari Go Shop.Niat hati sang suami nak suprisekan isteri tak menjadi sebab hadiah tu tak sampai seperti yang di tentukan harinya.Sang suami sibuk bertanya kepada sang isteri samada barangnya dah sampai ke belum.Sebabnya sang suami selalunya membeli, akan pos ke alamat tempat bekerja si isteri.Jadi di situ, terbongkarlah rahsia nak suprisekan bini dia..Kah²..Adui…terima kasih sangat ler kat sang suami kerana membelikan Air Fryer idaman hati dari GoShop ni.Tapi apa yang bestnya pasal Air Fryer ni?

haier Air Fryer

Bila beli Air Fryer Haier ni dari Go SHop ni, korang akan dapat hadiah mangkuk ni dan juga set pisau ni.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN AIR FRYER

Banyak tau kelebihan yang ada pada Air Fryer ni.Kelebihan pada kos dan juga si pemakai tu jugaklah kan..hehehe..Antara Kelebihan menggunakan Air Fryer ni dari kaca mata aku adalah

 

JIMAT MENGGUNAKAN MINYAK

Setakat ni,untuk menggoreng, aku tak perlu nak tuang minyak banyak ke dalam kuali untuk menggoreng ayam, ikan, nugget, karipap dan benda lain yang memerlukan ianya di goreng.So, sangat jimat minyak ok.Jadi duit untuk membeli minyak tu boleh simpan sikit untuk perkara yang lain.

KURANG KALESTROL DAN PENGAMBILAN MINYAK UNTUK KESIHATAN

Sejak aku mengamalkan eatclean ni, memang jarang sangat aku makan makanan yang bergoreng.Bila ayam atau ikan yang bergoreng,of course kita akan menggunakan minyak kan.So, apabila aku gunakan air fyer ni, maka makanan lebih sihat tanpa minyak.Walaupun tak menggunakan minyak pun, makanan tetap sedap okeh..Satu kelebihan Air Fryer ni adalah ia dapat mengurangkan kadar kolestrol dan lemak tau.And yes.. itu yang aku nak sangat guna air Fryer

JIMAT MASA

Seriously memang jimat masa oii…Tak perlu nak balik-balikkan ayam tu.Nak tunggu ayam tu goreng elok dalam kuali.Bila guna Air Fryer ni, masuk je ayam dalam tu, lepas tu setting masa dan suhu Air Fryer tu.Lepas tu korang boleh buat kerja lain.Nak mandi ke,nak menyapu rumah ke, nak buat exercise pun boleh tau..Tau-tau ting!!! Masak dah ayam ko dik!!..hahaha

SENANG UNTUK DIBERSIHKAN

Macam kita guna kuali, lepas masak kena kemas sekitar dapur yang terpercik minyak khususnya di dinding dapur kan.Minyak pulak nak kena masukkan balik ke dalam bekas minyak.Baru cuci kuali.Tapi bila guna Air Fryer ni dik non, just bersihkan guna tisu pun ok  dah.Tapi aku pulak, tak sukalah nak lap guna tisu,terus aku cuci je.hehehehe…Tak yah nak sental bagai nak rak sangat.

 

TIADA ASAP

Tak perlu ko nak bukak tingkap, pintu, nak tutup pintu bilik takut bau dan asap dari masakkan korang tu masuk menerjah sampai ke bilik okeh.

PELBAGAI MASAKKAN MENGGUNAKAN AIR FRYER

Kalau korang yang jenis kreatif, banyak je masakkan atau resepi yang korang boleh gunakan menggunakan Air Fryer ni.Nak buat dengan tak je lah.Masa dapat Air Fryer ni,di datangkan jugak satu buku resepi untuk korang cuba.Tapi tak taulah bila masa aku nak mencuba semua resepi tu kan..Hahaha..

Tengok hasil aku menggoreng ayam hari tu.Memang macam kita menggoreng ayam kan.Tekstur dan rasa semua sama je.

air fryer

Hah,rasanya banyak lagi kot kelebihan menggunakan Air Fyer ni.Tapi aku bagi yang senang aku nak ingat jelah kan.Hati rasa puas bila dah ada Air Fryer ni tau.Salah satu dari wishlist aku berjaya ditanda menandakan ia telah dipenuhi.

Terima kasih sangat kat sang suami kerana mendapatkan Air Fryer ni.Wishlist yang lain nanti akan diberitahu kelak..Tapi rasanya nak periuk Pressure cooker…heheheeh

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE