food hunter,  food Review

Makanan Korea Online Johor

Makanan Korea Online Johor | Hamboi, sejak bila pulak jadi kakak kpop ni kan.Actually dah lama tengok ada sorang seller ni dok promote makanan korea  yang dia masak sendiri.Dah tentu²nya makanan korea yang dimasakknya HALAL.So, tak delah timbul keraguan kan bila orang melayu kita ni masak.Pepagi lagi kan dah cerita pasal makan ni..terus lapar perut i…hahaha

 

Ada je restoran yang menjual makanan Korea di sekitar Johor Bahru ni.Antaranya yang pernah JDT Blogger review adalah di Chicken Lab, Kfry dan ada dua tiga tempat lagi.Hari tu memang tak berkesempatan nak join Food Review.Kalau tak, banyak lagi lah kan yang aku nak rasa pasal Korean Food ni.Yelah, nak ke sana menggunakan modal yang besar,so kat sini pun dah banyak tempat yang kita boleh rasa makanan mereka kan.Dah tak perlu ke sana…hahaha..Tapi kalau korang berduit nak melancong, apa salahnya kan.

Antara Makanan Korea yang Wajib korang cuba adalah :-

  1. Japchae
  2. Bulgogi
  3. Kimbab
  4. Mandu
  5. JajangMyeon
  6. Kimchi
  7. Haemul Pajeon
  8. TTeobokki
  9. Bibimbap
  10. Samgyetang

Ini adalah 10 Makanan Korea yang wajib korang cuba tau.Tapi hari tu Seller tu dia tak buat semua senarai di atas,Jadi aku pun order apa yang dia buat jelah.Yang penting COD okeh..Tak perlu keluar,hanya perlu keluar sedikit duit untuk bayar servis penghantaran merekalah.Yelah..sama je kalau korang keluar pun, banyak masa dan minyak gak guna.So, bila dah buat penghantaran macam ni. alangkah mudahnya…kah²

 

Tteobokki
TTEOKBOKKI
DOSIROK BEEF
DOSIROK BEEF – MAKANAN KOREA

Alhamdulillah..Masa yang dihantar mengikut apa yang aku nak..Betul-betul timing untuk makan tengahari.Mungkin ada diantara tekak melayu yang tak boleh terima rasa Tteobokki tu..macam akulah..Kalau sikit² makan tu sedap.Tapi kalau banyak muak gak.

Untuk Dosirok Beef tu alhamdulillah sedap..Insyallah nak rasa makanan korea yang lain pulak.Teringat pulak makan kat Yuzu Japanese dulu.Korang boleh lihat entry aku di SINI dan SINI..teringat kimchi dia yang sedap tu

 

Hah..Kalau ada antara korang yang memiliki Cafe/Restoran atau kedai.Nakkan kami review tempat anda..Boleh je emailkan kepada kami di jdtbloggernetwork@gmail.com

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *