LIFESTYLE

Perbezaan Kolestrol Baik dan Kolestrol Jahat

Perbezaan Kolestrol Baik dan Kolestrol Jahat |Bila cerita pasal Kolestrol ni, sape je yang tak takut kan.Sebab kolestrol ni boleh membunuh.Sebab tu kena cegah dari awal bila dah dapat tahu yang kita ada kolestrol.

Hari tu,terfikir pulak nak check kolestrol.Yelah kan, bila dah banyak buat food review,of course terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang berlemak dan tidak sihat.So, aku cuba check kolestrol di Farmasi Red Cap.Ikutkan dah lama nak buat,tapi disebabkan selalu lah sibuk, jadi takde masa nak pergi check.So,pepagi lagi aku dah terpacak di Farmasi Red Cap.

KOLESTROL

Seriously terkejut sebab Kalau ikutkan Kadar Kolestrol aku ok je.Tapi yang tak Ok nya, di dalam  Kolestrol ni, ada dua jenis Kolestrol iaitu Kolestrol Baik dan Kolestrol Jahat.Tak bestnya, kolestrol Jahat dalam badan bacaan pada border line.Maknanya perlu berhati-hati kerana lemak yang menempel di Jantung dah banyak.Dah la aku ada kes Jantung.Kalau tak dijaga dengan baik, haruslah nanti senang dapat Serangan jantung..Nauzubillah..Mohon dijauhkan dariku Ya Allah.

APA ITU KOLESTROL BAIK DAN KOLESTROL JAHAT

Mungkin di antara kita ada yang tahu dan ada yang tidak tahu tentang jenis-jenis kolestrol ni kan.Tapi pada dasarnya bila kita dah ada kolestrol. kita kena jaga lebih pemakanan dan lakukan diet seimbang.Jom kita lihat Perbezaan Kolestrol Baik dan Kolestrol Jahat. Kolestrol ni adalah sejenis lemak yang disebut sebagai lipid yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk bekerja dengan baik.Kolestrol di dapati dari sumber makanan yang kita ambil setiap hari.

 

APA ITU KOLESTROL BAIK

Kolestrol baik ni adalah Kolestrol yang diperlukan pada badan kita.Kolestrol baik dipanggil HDL(High density lipoproteins).Ia berfungsi mengeluarkan kolestrol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati.HDL membantu dalam mencegah pembentukkan plak kolestrol dalam pembuluh darah.Untuk mendapatkan Kolestrol yang baik kita perlu bersukan atau bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dalam meningkatkan tahap HDL dalam badan.

APA ITU KOLESTROL JAHAT

Kolestrol Jahat dikenali sebagai LDL(low Density Lipoproteins dan merupakan kolestrol yang buruk kerana ia mempunyai kecenderungan untuk melekat pada dinding arteri.Dan apabila pembentukan ini menebal,ia dipanggil plak kolestrol yang boleh menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan baik.Apabila Kolestrol LDL ini terlalu tinggi, ia akan menyebabkan pesakit boleh kena serangan jantung.So, kita kena elakkan diri dari terlalu banyak kolestrol jenis ini.

TAHAP YANG PERLU DISARANKAN MENGIKUT INDIVIDU

Untuk pesakit jantung – Di bawah 70mg(1.8mmol / L)

Untuk yang Normal – Di bawah 130mg ( 3.4mmol / L)

Untuk pesakit kardiovaskular – di bawah 100mg(2.6mmol/L).

Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause. Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.

Info:www.clearherbs.com.my/

So, apa tahap kolestrol yang aku ada ni.Actually memang kena berjaga-jaga lepas ni tentang pengambilan makanan kerana Kolestrol LDL aku di bahagian border line yang aku kena ambil kira untuk mengurangkannya.Korang boleh tengok paras LDL aku seperti di atas ni.Disebabkan itu dua tiga hari ni aku betul² jaga pemakanan.Tak ambil makanan yang berminyak.Mengambil Nasi mengikut portion yang sedikit sahaja dan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan.

 

And satu lagi Pharmaciest kat tempat aku menyarankan aku mengambil Omega 3 di bawah ni.Untuk kesihatan,kenalah melabur sedikit duit supaya ianya lebih terjamin.

Hanya diambil sebiji satu hari.So tak perlu ambil untuk petang dan malam sebab aku jenis yang tak suka makan ubat.Kalau ikutkan Omega ni besar sangat pilnya kan.Tapi disebabkan tiada pilihan,ambil juga.

Sebulan lagi kita test lagi buat ujian kolestrol.Harap lebih baik dari ni dan lepas dari border line tu.Pray for me guys….

 

 

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *