produk review

Garlic Balm ZM Beauty untuk bayi batuk dan selsema

Garlic Balm ZM Beauty untuk bayi batuk dan selsema | Kalau anak batuk dan selsema ni, selain dari ubatan dari klinik, kenalah ikhtiar cara tradisional jugak sebab kalau tak, akan melaratlah berminggu-minggu lamanya.Cara tradisional yang selalu digunakan oleh mak-mak kita dulu adalah dengan penggunaan bawang putih atau bahasa omputehnya garlic.

Kalau korang buat carian Khasiat bawang putih ni memang banyak tau.Salah satunya adalah mengurangkan batuk dan selsema anak.Aku ada ceritakan cara keluarkan hingus dan kahak  di rumah dengan kaedah steaming yang menggunakan bawang putih.Di Entry tu aku gunakan bawang putih sebagai salah satu kaedah untuk keluarkan hingus dan kahak Naura dulu.

 

Selain dari kita buat steaming kan, boleh je terus sapu bawang putih tu di beberapa bahagian badan anak seperti di tapak kaki dan juga di dada.Tetapi bawang putih tu perlu di bakar dan diletakkan di dalam minyak terlebih dahulu.Tapi, ni hah yang nak bagitahu.Korang ibu bapa di luar sana, sekarang ni mudah sangat tau nak sediakan bawang putih siap dengan minyak tu.Dah ada dijual di pasaran dah pun.Cuma ambil dan calit je dekat bahagian yang diperlukan.Ni hah, baru-baru ni kawan aku ada recommend satu produk iaitu Garlic Balm.Garlic Balm Homemade ok..Uih…Maunya mak ko ni tak teruja.Benda dah siap ada depan mata, tak payah tunggu lama nak buat.Just pastikan, sentiasa ada di mana kita berada je..cewahhh..

 

Garlic Balm dari ZM BEAUTY ni merupakan rawatan alternatif tanpa ubat dari inovasi petua tradisi nenek moyang sejak berabad lamanya daripada minyak bawang putih kepada garlic balm untuk memudahkan cara ibu-ibu moden menggunakan untuk anak-anak.Malah ianya sesuai untuk digunakan seisi keluarga dari bayi hingga ke dewasa.

KEISTIMEWAAN GARLIC BALM

  • Pengganti Garlic Oil
  • Mengurangkan Gejala batuk dan selsema pada bayi
  • Melegakan batuk dan selsema secara natural
  • Campuran bawang putih, Olive Oil dan juga beeswax
  • 100% organik dan tidak panas

 

CARA PENGGUNAAN GARLIC BALM

Sapukan pada telapak kaki, belakang badan, dada(rusuk kiri dan kanan), tengkuk, ubun-ubun, bahagian sinus (dahi, tepi kiri dan kanan hidung)

Nota: Boleh sapukan pada perut untuk masalah kembung perut dan pakai stokin semasa tidur,sila lakukan patch sebelum guna.

 

 

Kalau korang nak dapatkan Garlic Balm ni,bolehlah refer details yang aku berikan di bawah ni.Memang terbaik bagi melegakan batuk selsema, kahak, kembung perut, gatal ringan, asma ringan, dan angin dalam badan.

FB : Zuraini Muhammad
Page : Garlic BALM zm beauty
IG : @zmbeautybrand
Website : www.garlicbalm.com
Whatsap : 01132484182
Call : 07-7550792

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *