review food

Best Dim Sum Halal di Pasir Gudang

Best Dim Sum Halal di Pasir Gudang | Lama betul tak makan dim sum ni.Kalau nak ikutkan memang ada je ramai yang dok jual dim sum.Tapi nak mencari dim sum halal tu payah la sikit.Kalau ikutkan dim sum ni orang chinese je suka jual.Jarang ler kan orang melayu yang jual.So, ragu-ragulah sikit nak makan.

Restoran Best Dim Sum & Pau

 

Tapi hari tu, lepas pada dua orang blogger JDT dok up pasal Dim sum ni, terus rasa nak pergi makan kat situ.Kedai dim sum halal ni terletak di Kipmart Home Pasir Gudang.Lama dah beroperasi, cuma kurang orang dok up status pasal dim sum yang di jual di Kipmart home ni.So , masa tu sementara menunggu nak ke bank, isi perut dulu di sini.

Kedai ni bukan sahaja menjual Dim Sum, tetapi juga menjual pelbagai perasa Pau frozen dan yang siap di makan.Boleh je kalau korang nak tapau bawak balik.Tak de masalah pun.Nanti nak repeat pergi lagi dengan husband pulak.Sebab masa malam kami ke Morso, ada entry pasal makan di The Morso.Plan kami nak ke Restoran Dim Sum tu,tapi tak jadi sebab masa tu hujan lebat,jadi kira pergi yang dekat je lah kan.Jom tengok Menu yang kami order berdua hari tu.

Menu yang kami order hari tu,Prawn Dumpling,Chicken Siew Mai,Salt Egg Siew Mai,Blackpepper,Seafood dan ada aku tak ingat namanya.Untuk 3 bekas tu dia kira RM10,so kami order 6 bekas tu RM20 lah.Kalau makan dim sum ni rasa tak cukup setakat 2-3 bekas,mesti repeat lagi.Kalau dulu nak makan dim sum, kena pergi ke Kilang Bateri.Sekarang dah tak perlu.Kat Pasir gudang ni pun dah boleh makan dim sum.Banyak lagi menu selain dari dim sum ni, ada antaranya Yong Tau fu, Meatball dan lain-lain.Cuma masa aku datang tu baru pukul 12 tengahari, jadi tak banyak lagi lah menu yang di sediakan.

LOKASI

U Sentral Masai Night Market, Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Johor Baharu, Johor.

 

☎️ 012-7855328
Waktu Operasi :
 Bermula dari 10.30 pg hingga 10.30 mlm

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *