parenting blogger

Didik anak untuk membaca

Didik anak untuk membaca | Aku selalu impikan bila anak aku besar,dia dah pandai untuk berbahasa Inggeris.Walaupun aku ni bukanlah jenis orang yang pandai speaking,tapi setakat dua tiga patah perkataan tu boleh la..Kadang-kadang nak balas apa omputih cakap,memang aku tak pandai, walaupun aku tau apa yang dia cakapkannya.Nak didik anak membaca seawal 3 tahun ni memerlukan kesabaran yang tinggi jugak

 

Tapi sebagai mak, aku memang nak anak aku pandai bahasa tu.Mungkin sebab bila aku rasakan,bahasa kedua tu penting bila mereka belajar di sekolah dan juga bila mereka dah bekerja lagi.So,aku taknak anak²  aku susah bila besar nak cari pekerjaan.Kita nak bagi yang terbaik pada anak ni,bukan sekadar hantar dia ke sekolah, pusat tuisyen dan sebagainya.Kita pun kena mulakan dulu di rumah.

 

Aku ni bukanlah ibu yang bajet bagus atau berlagak bagus.Nak share apa yang aku buat kat orang.Aku menulis kerana untuk memberi semangat kat diri sendiri bila semangat tu hilang.Sebab tu,walau bahasa inggeris aku tunggang langgang pun,aku tetap usaha untuk bercakap kat Naura bahasa inggeris.Bukanlah setiap masa,ada ketika dengan ayat-ayat yang pendek,aku cuba untuk bercakap dengan dia.Dan, bukan tu sahaja, Setiap kali dia tengok kartun, aku tak pernah ubah dalam bahasa melayu.Aku akan tukar bahasa kepada bahasa inggeris.Biar dia terbiasa dengan bahasa tu.Kebanyakkan games pun, aku akan download games untuk belajar.Adalah satu dua games yang lain. Takkan sentiasa kita nak suruh dia belajar kan.Nanti dia cepat bosan.

 

Naura dan gadget memang tak boleh dipisahkan,entah mungkin dulu aku selalu ajar dia tengok youtube kot.tu yang dia suka sangat tengok handphone.Menyesal oi bila kenalkan dia dengan gadget.Tapi aku sentiasa perhatikan dia.Bercakap sekali dengan dia walaupun dia kata aku kacau dia atau aku bising..Itu seriously memang kena hamuk dek dia..Bila dah lama sangat rasa dia pegang handphone, aku pujuk dia pulak untuk buat kerja lain.Kalau depan dia, memang aku dan husband, tak boleh nak pegang handphone.Nanti mulalah dia mengendeng nakkan handphone tu.

 

Anak sorang tu jelah, sebab tu aku nak dia berjaya.Dialah harapan aku untuk tengok dia cemerlang dalam hidup dia.Sebab tu aku rasa aku tak boleh nak sia-siakan dia dari kecil.Banyak tau ilmu parenting yang aku baca.Kadang aku ikut untuk berikan pada dia.Macam dulu, aku buatkan mini library, lekatkan abc,123 kat dinding.Buat aktiviti homeschooling dengan dia. Kadang-kadang bacakan buku untuk dia walau masa tu aku seriously bosan oiittt.. Tapi nak tengok anak pandai, layankan jugak.Banyak aku beli buku-buku bila masuk DIY dan Kedai Eco.Tak perlu nak berbelanja mahal-mahal beli buku ni.Beli yang murah je.Pensel warna, buku melukis. semua aku beli yang murah-murah.Nak didik anak membaca buku dari awal ni, banyak memerlukan psikologi anak-anak.Ajar lama sikit tak boleh,paling lama pun 5 minit je. Tapi aku ada terbaca waktu untuk mengajar mereka membaca within 5-7 minits tapi kerap.

Antara buku yang aku beli kat Mr DIY

 

 

Sebolehnya aku akan beli buku yang banyak warna macam ni.Sebab budak-budak kan teruja bila nampak yang warna warni ni.Alhamdulillah, setakat ni, dia dah kenal warna, dah hafal abc dan 123  bahasa melayu dan inggeris.Ada jugak perkataan bahasa inggeris yang dia dah tau.Walaupun aku rasa ada lagi kanak-kanak dan kenal huruf masa umur 3 tahun, tapi takpe..pelan-pelan kayuh kan.

Kalau bab mewarna tu pun, kadang datang mood dia oklah.Kalau tak, habislah dia baling-baling je pensel warna tu.Lagi best, part yang paling dia suka conteng adalah di dinding.Walau ko dah tampal kertas putih dekat dinding pun, dia tetap akan cari dinding jugak.

 

Moga aku istiqomah ler nak mengajo anak sorang ni.Anak sorang ni ler kadang-kadang nak mengajarnya lebih mencabar sebab salah satu darinya cepat cengeng,demand dan ada lain-lain perkara yang membuatkan umi dia tak menjadi orang yang penyabar..wallahualam.

 

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

  • sunah sakura

    betul tu kak..bukan setakat anak, kita yang dah dewasa macam ni pun rasa menyesal sebab masa muda2 dulu tak belajar banyak bahasa..ambil iktibar dari tu, kalau ada anak nanti saya pun nak buat macam akak..go go naura!!

  • Sis Lin

    Sangat betul. Gadjet ni melalaikan. Tak anak tak kita juga.
    Zaman Sis membesar anak, takde semua ni, jadi Sis terapkan bacaan pada anak, alhamdulilah tiga-tiga anak Sis suka membaca sampai skrg. Cuma sekarang dah tua bangka, memasing dah sibuk le gan gadjetnya..termasuk emaknya hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *