food Review

Kambing 40 Hari yang disebut-sebut

Kari Kambing 40 Hari yang disebut-sebut | Siapa je yang tak tau pasal Kedai makan Kari Kambing 40 hari ni kan.Semua tahu,bila datang ke kedai makan Kambing 40 Hari ni,orang ramai,nak makan kena beratur panjang.Siapa je kan tak kenal kedai makan ni.Bukan orang Negeri Johor je dah datang ke sini,malahan Negara jiran kita pun dah pernah sampai ke sini tau.

KARI KAMBING 40 HARI

Kambing 40 hari ni terletak di bersebelahan Highway Ayer Hitam arah utara,kalau dari highway memang akan nampak signboard besar kat tepi jalan tu.Sepanjang ulang alik ke Melaka,memang akan cakap kat husband,bila gaknya nak menyinggah makan di sini.Apa menu yang menarik di sini.Tentulah Kari kambing yang menjadi buah mulut orang.Katanya sedap sangat kari kambing 40 hari ni.Aku pun tak sure pulak macam mana dia boleh namakan kedai ni Kambing 40 hari.Samada Kambing tu diperap dengan perapan rahsia mereka atau kambing tu tak mandi selama 40 hari..oit…kambing memang tak mandi..hahaha..kan ke kambing takut air..hadoiiii..hahaha.

 

Masa tu,kami dalam perjalanan balik Ke Johor,so sempatlah singgah ke sini.Maka tamatlah percutian makan-makan kami di Melaka.hahaha…Oh ye..Korang boleh tengok entry makan-makan di Ikan Bakar Roselidi di Crystal Bay Aloi Melaka.Sebelum kami singgah makan di Kedai Ikan bakar tu,kami sempatlah singgah untuk maghrib di Masjid Terapung Selat Melaka.Hah..Jangan lupa terjah entry eh…

Takde pulak tempat nak lekat namekad ni, kita bergambo jelah macam ni buat kenang-kenangan…

Antara menu yang ada disini adalah Nasi Arab Kari Kambing dan Nasi Arab Ayam Mandy.Disebabkan aku bukanlah pencinta kambing,bila tanya kat husband ok tak kari kambing dia,dia kata sedap sangat.So,sebab tulah orang ramai dok beratur semata-mata nak dapatkan Nasi Arab Kari kambing ni.Paling best disini,korang boleh order set untuk family dimana ia dihidangkan di dalam dulang kecil.So, haruslah seronok dapat makan dalam dulang.Aku ingat lagi,masa sambutan maalhijrah dekat masjid,mesti dihidangkan di dalam dulang.Lepas tu makan ramai-ramai..memang seronok tau.Zaman sekarang je payah dah nak jumpa.

 

Kami order dua set iaitu Nasi Arab Kari Kambing dan satu set Nasi Arab Ayam Mandy.Sebab aku ngan mak mentua tak boleh sangat makan kambing.Tapi dapat ceduk sikit kambing tu pun dah ok..Buat rasa-rasa orang kata.Ada juga kata,bukan sahaja Nasi,tapi korang boleh makan dengan roti canai.Tapi tak sure pulak roti canai tu sampai ke petang ke macam mana,sebab aku tak perasan pulak yang menebar roti canai disitu.

NASI ARAB KARI KAMBING

NASI ARAB AYAM MANDY

Kalau hari cuti, memang ramai ler.So,pepandai ler korang untuk cari tempat duduk dan beratur.Kalau dah datang ramai tu,pastikan korang salah seorang cari tempat dan sorang lagi beratur.Kalau korang beli set ni,akan dapat percuma air sirap.So total semua sekali ,termasuk tapau nasi kari kambing dalam RM109 kalau tak silap aku.Sebab hari tu BIL aku bayar sepenuhnya.

 

Kalau korang nak terjah ke Kedai Makan Kari Kambing 40 hari ni,boleh lihat alamat dan maps yang aku sertakan di bawah ni ye

KARI KAMBING 40 HARI

Alamat : 215 Kg. Haji Ghaffar, Batu 5 1/2, Jalan Yong Peng
Waktu Perniagaan : 7.30AM – 3.00PM
Tel : +60196272243

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *