Travel

Masjid Selat Melaka menjadi Tarikan ramai Pelancong

Masjid Selat Melaka menjadi Tarikan ramai Pelancong | Walaupun dah lama juga ianya dibina,baru berkesempatan untuk singgah di Masjid Selat Melaka ni.Masa dalam pembinaan dulu,boleh tengok dari jauh je.Tapi bila dah siap,memang cantik pemandangan khususnya di waktu malam.

MASJID SELAT MELAKA

Masjid Selat Melaka ni,of courselah terletak di tepian laut Melaka atau lebih dikenali dengan Pulau Melaka.Masjid Selat Melaka ni telah dibina pada 24 November 2008.Punyalah lama aku tak ke sini kan.Tapi hari tu berkesempatan jugak untuk solat maghrib disini.Walaupun masa tu tengah bercuti,dapat duduk luar pun jadiklah..Ramai pelancong yang datang ke sini untuk melihat Matahari terbenam tau.Lagi satu keindahan diwaktu petang tu yang selalu mencuri tumpuan para pelancong.Masjid Selat Melaka ni bercirikan seni bina Melayu dan Timur Tengah.Memang nampak unik sangat.

Pemandangan dari atas Masjid Selat Melaka

(credit gambar : https://www.tempatmenarik.my)

Apa yang aku baca tentang masjid Selat Melaka ni,Ia dibina dengan kos RM11juta tau.Di bina di atas tapak seluas 1.8 hektar dan sangat-sangat luas serta selesa apabila korang datang ke sini.Walaupun parking sentiasa penuh,tapi takdelah selalu pun kan.Masjid ni boleh menampung seramai 2000 jemaah dalam satu masa.Ia seakan Masjid Terapung apabila air pasang dan sebab tulah mereka memanggil masjid ini dengan nama Masjid Terapung.

Cuma hari tu tak berkesempatan untuk melihat keindahan petang sebelum matahari terbenam.Kalau tak mesti cantik kan.Sampai ke Masjid ni pun dah pukul 7 petang.Masa tu dah memang nak dekat azan maghrib.Cuma sempatlah melihat persekitaran pantai selat Melaka.Masa aku datang pun,ramai pelancong luar yang mengambil gambar di sini.

 

Kami stay di sini sambil lepak-lepak kat tepi tu sampai solat isyak,lepas tu barulah bergerak untuk mencari port ikan bakar.Sebelum tu,memang dah decide untuk makan ikan bakar di Alai.Antara ikan bakar paling best kat Melaka adalah di Crystal Bay Alai.Korang boleh rujuk entry Ikan Bakar Roselidi di Crystal Bay.Masa aku menaip ni pun rasa teringin lagi nak ke sana…memang tak puas nak makan ikan bakar.

 

Oh ya,sebelum tu aku kongsikan dengan korang maps ke Masjid Terapung Selat Melaka di bawah ni

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *