COOKINGDIARY,  RESEPI

Udang Goreng Nestum

Udang Goreng Nestum | Udang goreng nestum yang cukup mudah aku buat.Campak-campak je dah jadi dah.Memang kemurungan bila tak tau nak masak apa setiap hari.Takkan menu yang sama.Bukan setakat family je boring,orang yang memasak pun boring jugak tau.

 

Semalam,memang dah lalu lalang resepi pasal udang ni,Nak masak udang goreng butter,aku macam tak berapa nak berminat sangat.Last-last terfikir kat rumah tu ada nestum.Why not aku buat Udang goreng nestum.Naura pun boleh makan.Udang ni memang pebret kakak dan naura.Kalau dia ada kat rumah,menu yang paling mudah aku buat adalah Udang goreng nestum ataupun udang goreng kunyit.Tapi ni aku buat Udang goreng nestum yang senang.Yang tak susah nak buat.Janji ada bahan di dapur dah mencukupiJom tengok resepi udang goreng nestum cara aku

RESEPI UDANG GORENG NESTUM

10-15 ekor udang(ikutlah kalau korang nak kopek kulit or tak)

3 helai daun kering

4 biji bawang putih

2 batang daun kari

4 sudu nestum

1 sudu butter or majerin(aku guna marjerin sebab tu je yang ada kat dapur)

sedikit garam

sedikit kunyit

 

CARA BUAT UDANG GORENG NESTUM

Gaul udang dengan garam dan kunyit.Lepas tu goreng dan toskan minyak.Lepas tu panaskan marjerin,masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.Masukkan pulak lada kering yang korang dah potong halus,kemudian,masukkan nestum .Perasakan sedikit dengan garam.Kalau rasa dah ok,tak payah tambah lagi.Last sekali,masukkan udang dan gaul rata…

 

SIAP!!!!!!!!!!!!

aku bukanlah chef yang hebat.Menghasilkan menu yang hebat-hebat untuk tunjuk kat korang.Mana yang aku rasa jarang untuk aku buat,dan simple pada aku.boleh la aku tunjuk.Mana tau tetiba otak korang blank,tak tau nak masak ape,tetiba baca blog aku..timbul idea nak masak ape..kan…..sebab tulah bagusnya sharing…bagi idea kat orang walaupun korang tak perlu pun ikut resepi aku bulat-bulat.Biasalah..sebagai seorang isteri..ececeehhh…Nak berikan yang terbaik untuk family dia,bukan senang.Punyalah payah nak fikir masak apa untuk hari ni..

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *