RESEPI

Resepi Tahu Bergedil daging simple

Resepi Tahu Bergedil daging simple | Actually dah kali ke berapa entah buat tahu bergedil ni.Tahu Bergedil ni sedap makan petang-petang cicah dengan sambal kicap.Resepi tahu bergedil ni senang je nak buat.Cuma kita nak dengan taknak je membuatnya.Meh aku tunjukkan bagaimana nak buat tahu begedil ni.

RESEPI TAHU BERGEDIL DAGING SIMPLE

– Beberapa biji kentang(direbus dan dilenyek sehingga hancur)
– Seulas bawang merah dihiris halus
– Daun sup
– Daging cincang Ramly(ikut suka nak pakai yang mana)
– Sedikit Garam
– Sedikit Gula
– Tauhu goreng(aku beli yang dah siap)
-2 biji telur

CARA BUAT ISI TAHU BERGEDIL

Rebus kentang sehingga lembik dan hancurkan.Di dalam kuali panaskan sedikit minyak dan tumis daging sampai air daging tu kering dan sejukkan seketika.Di dalam bekas berisi kentang ,masukkan daun sup yang dah di mayang halus dan bawang yang dihiris.Masukkan daging tadi dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Jadi seperti di bawah ni ye.Kalau korang buat nak makan sendiri,letaklah daging tu banyak sikit..baru puas makan.
Bila dah siap intinya,Ambil tahu yang dibeli siap macam kat bawah ni.Kemudian korang potong bahagian atas untuk masukkan inti ke dalam begedil tu.Tengok macam aku buat kat bawah ni.Mampatkan betul betul baru sedap nanti nak ngap.
Buatlah banyak-banyak sebab tak pernah cukup kalau buat sikit…Kalau taknak goreng semua,boleh simpan kat dalam freeze,ada masa boleh goreng lagi.
Sebelum korang goreng,pukul telur dalam 2 biji.Kemudian celup tahu ke dalam telur dan terus goreng.Pastikan minyak dah panas betul-betul ye.Guna minyak yang banyak.Tak perlu lama pun menggoreng tu.Andddd…………….siap!!
Makan tahu bergedil ni,tak kan complete kalau takde Sambal Kicap tau.Wajib ada sambal kicap.Kalau guna sos cili ke, atau apa-apa sos memang lah takkan sedap.Memang wajib kena ada sambal kicap yo!!

Cara buat sambal kicap

-5-6 biji lada kecil
-Kicap
-sedikit garam dan gula
-limau nipis
Campurkan kesemua bahan diatas kemudian blender.Tak kisah kalau korang nak blend sampai halus pun.Masak sekejap di dapur sehingga dia agak pekat dan siap dihidangkan.Aku suka masak dulu sambal kicap ni supaya ia tahan lama dan boleh disimpan di dalam peti ais.So,bila-bila nak guna bolehlah ambil je .

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

19 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *