PARENTING

Adakah kita Mendera anak dalam Senyap?

Adakah kita Mendera anak dalam Senyap? | Pernah tak rasa macam tu?Dera anak dalam senyap,walaupun secara amnya,kita tak terniat nak mendera mereka.Tapi sebenarnya penderaan tu dah pun berlaku?Bila? Bila mana kita biarkan mereka  dengan soalan dan soalan tu kita jawab dengan cara yang bakal mengguriskan hati dan perasaan mereka.

Kadang-kadang ,bila anak dah tido ni,bila mana kita usap-usap mereka,terus timbul rasa bersalah sebab tak jawab pertanyaan mereka.Soalan tu kadang-kadang walaupun pada kita benda yang remeh,tapi boleh buatkan mereka terasa.Dah menjadi tabiat anak-anak bila mereka suka mengulang kembali soalan walaupun dah diberikan jawapan.Pernah jugak,selalu jugaklah kan,bila dah bosan dengan soalan si Naura tu,aku terus marah dia.Suruh cepat-cepat dia tidur. Lepas tu mulalah rasa serba salah sebab marah kat dia.Soalan dia bukan apa sangat,dia cuma soal memalam buta tanya aku nak gi mana sedangkan dia tau aku dah ready nak masuk bilik tidur.Kadang tu pulak bila kat dapur,dia tanya aku.” Umi..Umi atak ate tu(Umi masak ape tu) aku jawab ” umi masak nasi.Lepas tu ditanya soalan lagi sampai dua kali…emmm..terus aku halau dia main kat dalam..hahahah…adoiii…mak apelah aku ni kan…baru sorang anak dah tak terlayan soalan dari anak.

 

Mungkin penderaan tu tanpa kita sedar.yelah, balik nak kejar untuk memasak, mengemas , kadang tu baru rileks nak tengok handphone, dah kena kacau dengan anak.Sebab tu kadang terfikir.Dah lah seharian kita tinggalkan mereka di Taska,Balik kerja,terus sibuk uruskan rumah.ada masa sikit mula layan facebook dan tv.Tapi masa untuk anak tu kadang-kadang kurang.Bila aku pegang handphone,bila tengok dia ralit tengok TV,aku jugak dah mula risau.Terus aku jauhkan phone dan cuba buat aktiviti dengan dia.Takut pulak dia jadi lebihkan TV atau gadget dari bercakap dengan aku..Nauzubillah..mintak jauhkan.

 

Seperti yang tertulis di blog Majalah PAMA,ada tertulis,dari segi emosi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lapisan minda seseorang itu dan terganggu untuk jangka masa pendek mahu pun panjang.Antara contoh penderaan mudah yang diberikan adalah :

 

MENGAIBKAN ANAK

Eh.Mana ada saya abaikan anak saya.Makan minum dan pakaian semua cukup.Siap lebih lagi’ Itu mungkin kata yang keluar dari mulut kita tetapi tidak pada anak.

Dan situasi ini pula kita perlu lihat bila kita balik kerja di waktu petang.Seharian di pejabat,anak pulak di Taska/Sekolah.Waktu bersama anak hanya sebelah malam sahaja.Di waktu inilah anak-anak kita nak beritahu kita apa yang terjadi di tadika/sekolah mereka siang tadi.Tapi adakah kita perasan sewaktu anak bercerita, apa yang kita lakukan? Tengok tv atau tengok muka anak kita semasa mereka bercerita.Atau kita lebih fokus kepada TV atau handphone.Dan secara tidak sedar,kita telah mengabaikan perasaan anak kita.And yes,itu semua pernah terjadi di dalam kehidupan kita seharian.Bila anak ajak untuk bermain,kita memberikan alasan penat dan tak larat untuk melayan mereka walhal kita sendiri malas untuk melayan anak.

PUJIAN DAN SOKONGAN

Tiada  sebarang pujian pun diberikan kepada anak kita apabila mereka mengemas mainan,tolong basuh pinggan.Tolong kita ambilkan air untuk diminum.Pernah tak kita mengucapkan terima kasih.Ucapan terima kasih itu perlu kita latih dalam diri anak kita. Supaya esok bila besar,mereka terbiasa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang.Selalulah memuji mereka supaya mereka lebih bersemangat untuk membuat sesuatu di masa akan datang.

 

Alhamdulillah..Aku selalu praktikkan perkataan terima kasih kepada Naura supaya aku nak dia tahu,apa yang dia buat tu sangat membantu aku.Aku nak dia sentiasa semangat untuk terus membantu umi dia ni..hehehe

JANGAN JADI BATU ATAU DINDING

Kalau kita tanya orang,dan orang buat tak tau je.Atau tak melayan apa yang kita tanya.Of courselah kita marah kan.Kalau anak-anak kita tanya pada kita,dan kita tak jawab apa yang mereka tanya,mesti mereka kecil hati.Perasaan anak-anak ni memang mudah tersentuh.Sebab tu janganlah jadi seperti batu atau dinding .Jika ada pertanyaan dari sikecil ni,pastikan kita memberi perhatian tentang pertanyaan mereka itu tadi,

 

TERLALU CEREWET, TELITI

Jangan kita terlalu cerewet jika anak dalam situasi seperti ini :

Anak nak pakai selipar tak boleh,kena pakai kasut.Anak nak pakai baju warna kuning tak boleh, kena pakai baju merah.Anak dapat nombor 5 pun kita nak marah .Mungkin pada kita nampak remeh bila marah anak  dalam pelbagai situasi tetapi hakikatnya penderaan ini boleh mengganggu emosi dan peribadi anak-anak.

 

BIAR ANAK BUAT KEPUTUSAN SENDIRI

Sesekali kita biarkan mereka untuk buat keputusan mereka sendiri.Nak pakai baju warna apa, nak pakai selipar jenis macam mana.Sebab apa, untuk meningkatkan Self Confident kepada anak-anak kita.Kalau semua benda kita nak uruskan untuk anak.Esok besar,mereka tak pandai nak buat keputusan sendiri.Jadi dia akan lebih berdikari dan tidak dibuli.

 

Anak tanya, ” Abah, nak pakai baju ultraman ke baju upin ipin?’ .Abah pun jawab ” Ikut suka lah nak pakau baju apa pun

 

Jawapan yang kita berikan kepada anak itu adalah SALAH

Dan jawapan yang betul adalah , ” Malam ni nak jadi Ultraman ke upin ipin? Jadi disitu mereka boleh berfikir dan buat keputusan dari soalan kita .Semuanya kena bermain dengan kata-kata.Kita perlu lebih kreatid melayan karenah anak-anak.

 

MERENDAH-RENDAHKAN ANAK

Pernah kita rendahkan anak depan orang? Tidakkan?Tapi sedar tak,kadang-kadang kita tak perasan yang kita sebenarnya dah rendahkan anak-anak.

Contoh bila orang puji anak kita “Rajinnya Naura tolong umi kemas “.

Kita pulak menjawab ‘ Biasalah tu, kat rumah orang dia rajin,kat rumah malas. Itu situasi yang biasa kita buat dan dalam tak sedar, ia melukakan emosi anak kita .Daripada anak nak jadi baik,terus tak baik..itu ke yang kita nak? So remind kat diri sendiri untuk tidak berkata seperti itu.

 

TIDAK MEMPERJUANGKAN ATAU BACK UP ANAK

Anak cakap,Abu Curi pemadam dia.Kita hanya balas ” Tak apalah,kita beli baru nanti.”

sepatutnya kita perlu menjawab ” Mana boleh macam tu,itu kan hak Naura,Naura kena laporkan kepada guru.Tuntut semula hak Naura.” Dalam pada masa yang sama anak kita akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan untuk mempertahankan haknya,Jangan biarkan anak kita menjadi mangsa buli fizikal dan mental.

SIKAP PENOLAKAN TERHADAP PERMINTAAN

Tak semua benda kita boleh terima dan tak semua benda juga kita boleh tolak.Begitu juga dengan anak-anak.

Sesekali kita tunaikan permintaan anak.Jika kita tidak mampu, kita cuba berikan dalam bentuk/perkara yang lebih menyenangkan kita.

Tapi perlu diingatkan bukan semua permintaan anak-anak kita boleh penuhi.Kaji semula adakah permintaan mereka itu memberikan pulangan yang baik kepada mereka sendiri atau tidak.Kalau diikutkan sangat pun,makin naik lemak kan.Mana yang patut kita penuhi, dan rasa ianya perkara yang membawa kepada kebaikkan kepada mereka why not…Janji tak memudaratkan..Contohnya si Naura tu setiap hari nak ke kedai beli aiskrim.Tau je jalan nak menuju ke kedai.Tapi kena cakap baik² dengan dia,tentang apa kan jadi kalau selalu sangat makan aiskrim..

Nak didik anak ni kenalah dari mereka kecil.Sebab tu walau payah pun, kita kena jugak corakkan mereka benda yang baik.Kerana kalau tak kita siapa lagi kan.Kesimpulannya kena bahagikan masa untuk mereka.Kalau kita nak lihat anak kita baik di masa akan datang,kenalah buat dari mereka kecil.

 

 

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *