food Review,  JOHOR

Makan di SDS Bakery & Cafe Desaru Bandar Penawar

Makan di SDS Bakery & Cafe Desaru Bandar Penawar | SDS  Bakery & cafe Bandar Penawar Kota Tinggi baru sahaja di lancarkan beberapa minggu lepas.Disebabkan masa pelancaran tu aku tak dapat nak join,jadinya kita pergi lah hari lain.

Aku ada cerita pasal Pembukaan SDS Bakery & Cafe Desaru Bandar Penawar di SINI . Memandangkan hari tu aku nak balik ke Kota Tinggi,Maka sempatlah singgah makan di sini.1st impression aku bila nampak kedai kek di desaru ni,wow…besau bak ang.Mestilah nampak selesa kan.SDS Bakery di Desaru ni berdekatan dengan Sekolah Sukan Bandar Penawar.Nak mencarinya memang sangat senang lah.Korang masuk je Jalan nak ke Desaru tu,dari Petronas terus sahaja.Sebelum Sekolah Sukan Bandar Penawar dah memang terpampang Signage SDS dari tepi jalan.Nanti aku bagi Location di bawah entry ni untuk korang terjah ye.

 

Bukan sahaja korang boleh beli kek tau,kalau korang nak makan kat sini pun boleh sebab tu ianya dipanggil SDS Bakery & Cafe.Memang sangat selesa untuk makan disini samada lonely atau bawa family.Sangat selesa uolss…

Masa hari aku pergi tu,memang pack sangat dengan orang.Dari yang makan sini sehinggalah yang hanya membeli kek dan roti.Lagi satu Kek dan roti sentiasa di top up dan tak perlu risau untuk kehabisan stock.Sempatlah tapau beberapa jenis roti untuk kakak fiyah.

Apa menu yang umi makan dengan babah.Jom kita tengok.Ikut tekak nak makan Spaghetti Carbonara,tetapi disebabkan nampak pulak menu ni,terus tak jadi.Nak order snack lain,takut tak habis pulak.Nanti nak repeat lagi untuk makan disini.

 

Salmon (serius aku dah lupa nama menu ni..)

Spagheti Baked(ni pun aku dah lupa..hahahah)

Fried Mee Hon Singapore

 

Gyoza

 

Dan minuman kami pada hari tu adalah seperti dibawah..hahaha…Ye ye je ko buat status kat whatssap dan namakan semua menu,dan-dan terlupa yang status tu kekal 24 jam je..Hadoiii..Lepas ni kena terus update kat IG lah supaya tak lupa nama menu..hahahah

Flower Tea(kongsi dengan MIL)

 

Cappucino

Sekarang ni kalau nak beli kek harijadi dah tak payah susah² nak beli dari JB,Balik Kampung pun dah boleh terus beli kat sana.Aku rasa memang pilihan yang bijak SDS untuk buka cawangan di sini.Yelah,lagipun Bandar Penawar semakin ramai penduduk dan semakin naik pembangunan di sana dengan adanya resort dan Waterpark yang sudah pun dibuka di sana.

      

Yang penting,korang wajib buat kad SDS ni supaya bila korang nak membeli kek di sini,dapatlah diskaun kan.Banyak lagi promosi yang diadakan di sini.Kena rajin tengok page SDS tu ye.

 

Untuk korang yang bercadang ataupun berada berhampiran dengan Bandar Penawar,bolehlah singgah untuk menikmati pelbagai jenis makanan western dan local.Boleh refer alamat seperti di bawah ni ye.

 

SDS Bakery & Cafe Desaru

Address: 2 & 3, Jalan Semarak 1, Taman Desaru Utama, 81900 Bandar Penawar, Johor.

Maps ke SDS Bakery & Cafe Desaru

             
 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE