INFO,  JOHOR

Cara Masak Telur Separuh Masak

Cara Masak Telur Separuh Masak | Nampak macam senang kan nak buat telur separuh masak ni.Tapi menjadi ke telur tu dimasak hanya separuh.Entah-entah telur tu akan menjadi terus masak,atau tak masak langsung.Atau masak hanya pada separuh dari bahagian putihnya sahaja.

Kalau tak kena cara memasak telur tu akan jadi terus masak.Dan pastinya lah kan tak sedap bila telur tu dah sepenuhnya masak.Ikut citarasa korang,macam aku,suka sangat dengan telur separuh masak sebenarnya.Teringat masa budak-budak dulu kan,Mak paling marah kat kitorang adik beradik sebab telur sepapan tu tak sampai pun seminggu.Balik kerja je mak dah bebel sebab telur semakin berkurangan.Kalau dah dua bijik sorang,adik beradik 5 orang.Ko ghase,cukup ke sampai seminggu telur tu.Pulak tu,telur separuh masak tu di campur dengan kicap.Nikmatnya jangan cakap ler.

 

Sekarang ni nak makan telur separuh masak pun boleh makan kat kedai tau.Tapi rasa berbaloi ke takat makan telur separuh masak dengan harga yang boleh beli 2-3 biji telur lagi..Baik buat kat rumah.Nak hasilkan telur separuh masak ni bukan ambil masa yang lama tau.

Macam mana nak rebus telur separuh masak?

Actually bukan susah mana pun,cuma bila nak memasak tu kenalah fokus.Kalau terlebih kang,jadi tak menepati citarasa kita nak dapatkan telur separuh masak yang sedap tu..hahahaha..sedap ler ye tak.Berapa minit sebenarnya yang kita perlukan untuk memasak terlur ni.Jom kita tengok amc

CARA MASAK TELUR SEPARUH MASAK

1.Didihkan air di dalam periuk kecil.Pastikan air yang dididihkan tu,boleh tenggelamkan telur ye.

2.Pastikan air betul-betul mendidih dan matikan api dan masukkan telur.Ikutlah berapa biji telur yang kita nak.Tapi make sure telur tu terendam dengan air sepenuhnya.

3.Biarkan rendaman cukup 6-7 minit.Korang kena lah set time untuk pastikan telur ni betul-betul mengikut apa yang kita nak ye.

4.Setelah kiraan cukup 6-7 minit,angkat dan letakkan ke dalam air sejuk selama 1 minit.

5.Siap untuk dihidangkan.

 

Dah ready untuk dimakan dengan roti bakar.Di tabur dengan sedikit lada hitam.Memang kenyang sehingga tengahari.Tapi pagi tadi,disebabkan aku kelam kabut dengan dak Naura,jadi telur tu terlebih masak…

 

Lately ni teringin sangat nak makan telur separuh masak.Makan pulak dengan roti.Alhamdulillah..kenyang je rasa.Telur pun antara makanan yang bagus untuk kita ambil di waktu pagi kan.So why not aku amalkan ye tak…

 

 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE