food Review

Kebaikkan pengambilan Yogurt

Kebaikkan pengambilan Yogurt | Ramai yang dah tahu tentang kelebihan Yogurt ni.Dan ramai yang mengambil yogurt ni untuk diet,untuk jadikan salah satu makanan rutin kesihatan kan.Tapi ada jugak tak tahu tentang apa fungsi yogurt ni.Termasuklah aku.Tapi bila ramai yang dok sebut-sebut pasal Yogurt ni,of course kena ambil tahu jugak kan.

 

APA ITU YOGURT

Yogurt adalah satu produk olahan susu yang mengandungi kalsium dan protein yang sangat baik.Di dalam Yogurt terdapat bakteria baik yang menyihatkan pencernaan iaitu Lactobacillus delbrueckii subsp.bulgaris dan Streptococcus Thermophillus.WHO juga telah recommend Yogurt ni untuk menangani dan merawat cirit birit.Dan apa pula kebaikkan yogurt ni pada manusia?Melalui blog Tengku Asmadi ,aku kongsikan kebaikkan yogurt ni ye.

KEBAIKKAN PENGAMBILAN YOGURT

1.MENINGKATKAN KADAR IMUN TUBUH

Probiotik bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.Menurut kajian di Taiwan,Probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infkesi) di mana yogurt yang mengandungi dua jenis probiotik,iaitu Lactobacillus dan bifidobacterium,terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang menghidap H.Pylori Infeksi.

 

2.WANITA BERSALIN

Yogurt bagus untuk wanita yang dalam pantang dan ingin mengembalikan badan ke bentuk yang asal.Khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

 

3. BANTU SISTEM PENGHADAMAN

Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa(gula semulajadi dalam susu).Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus,menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup,di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

 

4.CEGAH JANGKITAN PADA VAGINA

Infeksi atau jangkitan Candida pada Vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita penghidap diabetes.Menurut kajian,wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka di dapati mengalami penurunan (PH) serta pengurangan infeksi candida.

5.TULANG KUAT DAN MENCEGAH OSTEOPOROSIS

Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium,Vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6.MENURUNKAN KADAR KOLESTROL

Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7.BANTU KURANGKAN BERAT BADAN

Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

8.MAKANAN UNTUK TUMBESARAN

Amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta  penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.

9.MAMPU ATASI STRESS

Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.

Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.

“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

10.SUMBER KALSIUM DAN PROTEIN TERBAIK

Yogurt Kurang Lemak atau non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita.

11.BAIK UNTUK KULIT

Selain dimakan, ada yang menggunakan yogurt sebagai masker wajah. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan lembut. Ini kerana yogurt mengandung asam laktat yang berfungsi sebagai penghilang sel-sel kulit mati

 

Nampak tak betapa bagusnya pengambilan yogurt.Sebab tu Tengku Asmadi mengesyorkan Yogurt wajib ada di rumah kita.Hah..sesambil tu,korang yang ingin mencari ilmu tentang diet yang seimbang,bolehlah ke blog beliau.Banyak resepi sihat dan juga tips untuk diet..

 

Ada orang yang mengamalkan Plain yogurt untuk senang membuang.Ada yang tak suka dengan plain yogurt sebab rasa asli yogurt tu kadang-kadang orang tak boleh terima dek tekak.So,ada juga yang mengambil Yogurt campuran buah-buahan.Contohnya Yogurt  dari Farm Fresh.Baru baru ni ,ada kawan aku menjual pelbagai jenis Yogurt dari Farm Fresh.Orang kata Yogurt dari Farm Fresh ni bagus.

So ,semalam aku order Yogurt susu dan Greek Yogurt.Dan pastinya aku dah terjatuh cinta dengan Yogurt Greek ni..sangat sedap.Hasil mencandat Yogurt semalam

Ada Yogurt susu Strawberry,Choclate milk,dan Yogurt greek.Sekali makan yogurt Greek tu rasanya sedap ya amat.Dalam Yogurt Greek tu ada Chia seeds,Pumpkin seeds,sunflower seeds dan satu lagi apa ntah..tak ingat aku.

 

 

Cubalah korang rasa.Rasanya kat pasaraya pun dah boleh jumpa dah Produk dari Farm Fresh ni ..

 

 

 

 

 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE