INFO

Jadi pemandu yang selamat di jalan raya

Assalamualaikum


Jadi pemandu yang selamat di jalan raya|
Pengalaman bila kereta dilanggar  5 tahun lepas.Masa tu kawan aku yang bawak kereta aku tu.Terus blurr nak call sape masa tu.Padahal husband dah banyak kali bagitau,kalau berlaku accident yang melibatkan kereta,jangan lupa call insurans.Tapi bila dah blurr,terus tak tau nak buat apa.Terkejut duduk je dalam kereta dulu.Lepas tu,barulah keluar tengok kereta.Nasib baiklah masa tu belum waktu kemuncak orang balik kerja.So takdelah kereta banyak sangat.So,bila masing² sibuk nak claim insurans,aku lagi jadik blur sebab tak tau insurans apa yang aku guna.Apatah lagi nak call..hahahaha…Masa tu lah dok sibuk call husband untuk settlekan masalah.Nasib baik kereta je yang teruk,kotlah orang yang teruk,mau haru jadinya.Walaupun kemalangan tu bukan salah aku,tapi bila kereta dah rosak,dah tak boleh nak jalan,kena jugak fikir baik buruk tentang pengetahuan kita pasal insurans.

Banyak je berlakunya kemalangan di jalan raya ni. kadang² semua tu terjadi sebab sikap kita di jalan raya yang selalu mengabaikan sikap pemanduan yang berhemah.

 

Banyak kali jugak punca berlakunya kemalangan adalah kerana sikap kita yang suka bermain  handphone dan itu adalah salah satu puncanya. Selain itu 40.7% adalah disebabkan oleh pemandu yang suka bawa kereta dengan kadar laju.

 

Source: google

Sebelum itu jom aku share sikit Tips pemanduan untuk pemandu yang berhemah

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu, jika rasa letih, mengantuk dan di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.Jangan biar emosi kita menguasai gaya pemanduan kita.
  2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik.
  3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
  4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan,jangan memandu melebihi had laju.
  5. Pemandu  harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.
  6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.
  7. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  8. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya.
  9. Sentiasa mematuhi lampu isyarat.Jangan melanggar lampu isyarat.
  10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorongan dengan tiba-tiba untuk keluar.

 

Itu antara tips yang perlu kita amalkan untuk mengelakkan dari terjadinya kemalangan.Satu lagi PLAY YOUR ROLES  untuk memastikan korang dilindungi dengan insurans apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Pelbagai jenis insurans yang korang boleh ambil untuk memastikan korang dilindungi oleh mereka apabila terbabit dengan kemalangan.Liberalisasi telah membenarkan syarikat insurans dan pengendali takaful individu menentukan sumbangan premium / takaful kepada profil risiko korang.Sebab tu korang  kena mainkan peranan korang dalam menentukan jenis insurans yang perlu korang miliki.

 

Ada pelbagai jenis insurans yang perlu korang periksa samada ianya sesuai ataupun tidak untuk korang.Takut nanti jika ada berlaku kemalangan,ada yang boleh dan tidak boleh di tuntut dan ia satu perkara yang boleh merugikan korang.Sebelum tu korang  kena tahulah apa yang dimaksudkan dengan Tarif Insuran Motor

 

Tarif Insuran Motor

Tarif adalah senarai set harga tetap yang diwujudkan di bawah akta isnurans untuk menyelaraskan dan mengawal caj premium dan susunan kata polisi.Sebagai contoh iaitu Polisi insurans/sijil takaful Motor.Apabila premium atau sumbangan takaful dikenakan tarif,syarikat insurans/takaful tidak dibenarkan untuk mengubah harga yang dikenakan ke atas polisi insuran/sijil takaful.

 

Liberasi insuran/takaful motor bermaksud harga produk-produk insurans/takaful motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor(Senarai harga yang telah di tetapkan).Harga akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.

Pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans/takaful motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful.

 

Penanggung insurans dan pengendali takaful boleh mengenakan premium atau sumbangan takaful yang berpadanan dengan faktor risiko yang lebih luas yang sedia ada dalam kumpulan pemegang polisi yang diinsuranskan dan juga menjual produk-produk baharu yang tidak ditetapkan di bawah tarif.

 

Kalau korang masih tidak faham dengan insurans dan kepentingan Insurans ni,boleh layari website www.piam.org.my  atau  www.malaysiantakaful.com.my

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

One Comment

  • Mar Mansor

    kadang kala bila berlaku kemalangan perlu ada tolak ansur semua pihak. saya pernah tergesel kereta wira tahun 2009. memang ingat sampai sekarang pengalaman tu. dia mintak 400 tau. tapi campur tangan abang sepupu bayar la 200 sebab dah petang masa tu bengkel pun dah tutup.
    kadang sakit hati juga dengan setengah pemandu yang terlalu emosi sampai mintak harga tinggi sedangkan ntah-ntah masa dia drive balik tu dia eksiden. tulah buat orang kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *