FAMILY

Perginya Abang Ipar Kami pada 30 Ogos lalu

Assalamualaikum

Perginya Abang Ipar Kami pada 30 Ogos lalu | Memang tak sangka Aidilfitri lalu adalah hari terakhir kami berjumpa dengan dia.Masa dia datang rumah pun,kami dah nampak dia tak seperti biasa.Beberapa kali jugak aku dan husband bercakap pasal dia sebelum kematiannya.

Allah lebih sayangkan dia.Dia meninggal sewaktu dalam perjalanan ke Hospital dari tempat kerja.Dimaklumkan Arwah tiba-tiba rebah kat tempat kerja.Sempatlah staff yang lain memberikan pertolongan.Masa tu pun arwah dah resah.Tak tau samada menahan sakit atau macam mana.Hanya dia sahaja yang tahu.Kami dapat khabar pun dalam pukul 8.++ malam.Masa tu dah bersiap nak amik abang yang akan keluar hospital malam tu jugak.Dan terpaksa batalkan niat nak ambil abang bila dapat telefon mengatakan arwah dah takde.Kebetulan mak mertua pun ada di rumah,jadi kami bergegas ke Hospital untuk menguruskan jenazah.Tapi malangnya mayat arwah dah di tempatkan di bahagian forensik kerana ia menjadi kes polis.Anak-anak dan saudara mara yang awal je yang dapat melihat keadaan arwah masa tu.Ingat nak bawa MIL untuk lihat arwah anak dia,tapi hampa sebab takde orang kat jabatan forensik.Kesian SIL yang nangis tak berhenti.Katanya dah pengsan banyak kali jugak masa tu.Terus kami bawa MIL ke rumah SIL sebab kalau tunggu kat hospital pun,tak boleh nak buat apa.

 

Pagi-pagi lagi kami dah terpacak di Jabatan Forensik untuk tunggu keputusan posmortem dan mandikan jenazah.Alhamdulillah…Allah swt permudahkan urusannya.Dalam pukul 11 lebih jenazah dah siap di bawa balik.Masa jenazah di dalam rumah ,hujan turun.Rahmat Allah swt berikan kepada arwah.Elok je nampak muka arwah.Sejuk mata memandang seakan dia tidur.Selepas solat jumaat,dalam pukul 3 lebih,arwah selamat dikuburkan .Moga perjalannya menuju ke sana dipermudahkan.Dihapuskan segala dosa dan diringakan azabnya disana.Arwah memang baik orangnya.Tak pernah sekali pun nampak dia marah.Tak pernah juga membantah.Cuma terkilan masa raya haji hari tu tak berkesempatan untuk menjengah dia.Memang sebelum ni pun jarang dengar dia sakit.Tapi dia ada darah tinggi je.Tak taulah kematiannya punca akibat tekanan darahnya terlalu tinggi atau macam mana.Cuma dia ada bagitahu kat SIL,yang dia penat bekerja.

 

Sedih tak terkata dan sehingga sekarang pun,macam tak percaya dia telah pergi selamanya.Mohon sedekahkan Al fatihah untuk Arwah RAMLI BIN FISAL ya..Terima kasih

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

7 Comments

  • Azhafizah

    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau , rahmatilah beliau , maafkanlah beliau , muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

    AlFatihah
    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE