food Review,  JOHOR

Makan di Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat

Assalamualaikum

Makan di Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat | Actually dah berapa hari bercuti.Mood puan blog masih lagi bersedih atas pemergian abang ipar yang tak disangka tu.Nanti aku ceritakan di lain entry pasal kronologi kematian abang ipar aku tu ye.So sekarang ni ,nak bercerita tempat makan sedap di Tanjung Langsat iaitu di Kedai Seafood Seri Bahagia.

 

seafood seri bahagia Tanjung LangsatActually aku dah lama jugak tak ke sini.Dekat setahun jugaklah kan.Walaupun jarak dari rumah taklah begitu jauh,takdelah selalu sangat ke sini.Kalau ramai adik beradik datang,nak cari kelainan makan di tepi laut,boleh lah bawa ke sini.Di Tanjung Langsat ni,memag terkenal dengan makanan Seafoodnya tau.Makanan seafood yang disajikan juga Fresh dari laut.So,tak risau kalau berbelanja besar disini.

 

Kami ke sini untuk makan tengahari.Dekat sini semua yang disediakan akan dimasak apabila di order sahaja.So,makanan masih lagi panas sewaktu kami merasai kenikmatan seafood tu.Jom tengok apa yang kami order untuk makan tengahari di Seafood Seri Bahagia ni.

 

                    SIAKAP GORENG

Kami order siakap goreng ni 3 ekor dan ambil yang 1/2 kilo seekor.Seekor lagi masak tiga rasa.Lepas tu order pulak Sotong goreng tepung,Ketam masak lada hitam,sayur capcai dan udang masak sambal.Air pulak kami order 3 jug air Fresh Oren.Senang nak order kalau satu jenis air tu je.

 

                                   UDANG GORENG TEPUNG

 

                      SIAKAP TIGA RASA

 

         UDANG MASAK SAMBAL

 

                    SAYUR CAPCAI

 

               KETAM MASAK LADA HITAM

Total damage untuk makanan ni adalah RM308 untuk 9 orang makan.Memang berbaloi,walau mahal tapi sedap dan puashati.Takde tinggal sebarang lebihan makanan pun tau..hahaha..Nampak tak kami lapar .

 

Selepas makan,kami duduk bersantai di sini untuk melihat persekitaran Kampung Tanjung Langsat ni.Bolehlah tengok orang menebar jala,menangkap ikan.Naura seronoklah dapat tengok ikan melompat-lompat kat dalam laut tu.Jom tengok gambar disekeliling kedai ni

 

 

Kalau korang berhajat untuk makan disini,boleh la lihat maps yang aku sertakan di bawah ni.

Restoran Sri Bahagia Tanjung Langsat

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *