produk review

YOUNG LIVING DESERT MIST DIFFUSER GADGET BARU UMI

Assalamualaikum

YOUNG LIVING DESERT MIST DIFFUSER GADGET BARU UMI | Alhamdulillah..Akhirnya tercapai jugak hasrat umi untuk meminang AUTHENTIC YOUNG LIVING DESERT MIST DIFFUSE ni.Lama dah tau nakkan Diffuser ni untuk letak kat rumah.Sejak umi diperkenalkan oleh kawan umi,lebih setahun kot umi pendam.Bila dia ada keluarkan yang mampu milik macam ni,terus melekat nakkan Diffuser ni.Alhamdulillah..Duit lebih umi berblog,dapat jugak kan.

Bila dapat je,umi dah excited untuk cuba letak dalam bilik.Sebab umi rasa sesuai kot letak dalam bilik.Kalau dekat luar kang,sape pulak nak sedut aromaterapi ni kan.Bila umi beli AUTHENTIC YOUNG LIVING DESERT MIST DIFFUSER ni umi dapat percuma dua botol Essential Oil iaitu Lavender dan juga lemon.Dan umi memang sangat sukakan bau Lavender tu.Bila guna aromaterapi ni,macam tenang je rasa dalam bilik tu.Rasa nak duduk dalam bilik je oit..hahaha..

Bila dah ada Diffuser ni,mulalah umi nak cuba essential oil yang lain.Dah sempat belek-belek Essential Oil ni kat Shopee lagi.Insyallah,kumpul duit lagi nak beli minyak tu.Kenapa aku beli Young Living ni berbanding jenama yang lain.Sebab utama adalah kerana review kebanyakkannya suggest menggunakan Jenama ni dari yang lain.Lagi satu kalau kita beli yang kat kedai biasa,ada tambahan lain pada minyak tu.Aku ada baca kat satu blog ni,kalau kita nak tau Minyak tu asli ke tidak adalah bila kita menggunakan jenama yang tak asli tu,kita akan mudah rasa pening dan loya .Itu tandanya produk tersebut mengandungi bahan sintetik di dalamnya.Jom kita kenal sedikit sebanyak tentang Essential oil ni.

 

APA ITU ESSENTIAL OIL

Essential Oil ni adalah sejenis minyak yang beraroma berasal dari daun,bunga,tumbuhan dan juga dari kulit sesetengah buah.Untuk Jenama Young Living ni,Essential oil diekstrak melalui kaedah distillation dan cold pressing,hanya hasil yang tidak tercemar sahaja yang akan digunakan dalam produk mereka

Essential Oil ni terdapat dua jenis iaitu Single Oil dan Blend Oil.Untuk yang single oil ni,terdiri dari satu sumber sahaja samada bunga,dau atau buah.Contohnya Lavender ,peppermint,lemon,orange dan banyak lagi.Untuk yang Blend pulak adalah campuran dari single oil tadi.Minyak yang dicampurkan tadi mempunyai bau dan tujuan tertentu.Contohnya adalah Blend oil adalah stress away,Purification,Joy dan banyak lagi.

Kebanyakkan orang di luar sana hanya mengetahui essential oil ni hanya untuk arometerapi,tetapi ia juga boleh disapu dan boleh di makan.Aku pernah belikan untuk Naura yang jenis sapu dulu.Alhamdulillah..sangat berkesan untuk dia.

 

Dapat dua Essential oil ni pun rasa dah puas hati sangat.Sebab bau arometapi Lavender dan lemon ni sangat menyenangkan.Setiap malam mesti umi ON Disfusser ni supaya kami tidur dengan lena.

 

 

Nanti umi boleh la belajar untuk blend essential oil ni untuk tujuan tertentu.Best pulak pakai Diffuser ni.

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE