food Review,  JOHOR

Makan di Aroi Thai Boat Noodles lagi

Assalamualaikum

Makan di Aroi Thai Boat Noodles lagi | Kami di sini lagi,selepas sahaja bawa anak-anak untuk bersantai di Lotus Desaru,perut pun dah lapar,so kami ke Aroi Thai Boat Noodles Tunamaya Beach & SPA Resort .Lagipun abang-abang tak pernah lagi makan makanan Thailand macam ni.So,why not kan bagi mereka ubah selera makan makanan ni.Oh ya..Aku ada ceritakan tentang percutian kami ke Lotus Desaru di Entry Percutian Ke Lotus Desaru Beach & SPA Resort.Tapi kami bukan menginap pun,just mandi manda kat waterpark je.

 

Actually,sebelum ni memang aku rajin makan sini.Kalau petang-petang tu,jalan-jalan ke Bandar Penawar,inilah tempat yang selalu aku singgah.Aku suka lepak makan-makan kat sini sebab tempatnya pun selesa untuk makan-makan.Takdelah berat sangat pun makanan yang ada disini.Aku ada ceritakan makan kat sini di Entry Makan di Aroi Thai Boat Noodles Bandar Penawar dulu.

 

Kalau korang ke Bandar Penawar ni,tak perlu risau tentang kedai makan,sekarang ni kedai makan dah macam cendawan tumbuh dah kat sini.Sejak ada RAPID Pengerang,kawasan ni semakin maju.Sebab tu kalau korang search tempat makan best Kota Tinggi ni,akan keluarlah tentang Hotel dan Resort yang sedang giat dibuka di sini.

 

So,disebabkan ada menu baru disini,tak salahkan untuk mencuba menu baru.Menu baru ni macam ala-ala steambot lah.Boleh pilih nak kuah sup atau tomyam.

AKu pun dah tak ingat apa menu terbaru di Aroi Thai Boat Noodles ni,cuma ini jelah yang mampu aku gambarkan kat korang.Sedap tau.Memang puas makan ramai-ramai.Tak silap aku set ni cuma rm49.90 sahaja.

Bukan ini je yang kami order,banyak lagi bowl yang kecik-kecik tu.Bowl kecik tu je dah 60 mangkuk kami makan..Haha..sebab tu aku suka makan kat sini.Sebab boleh challenge mangkuk sape paling tinggi.Tapi makin tinggi makin banyak ler kan duit yang keluar.Satu mangkuk ni tak silap aku RM1.90 sahaja.So,sebab tu boleh order banyak² ok.

Penuh la meja kami dengan mangkuk-mangkuk kecil tu.Janji puas hati kalau makan situ.Kebanyakkan yang disediakan tu macam sup dan tomyam jelah..Kalau tekak aku sedaplah kan,tapi tak tau pulak tekak korang.hehehehe..

Melayankan budak-budak je ni.Naura dan Awfiyah pun suka dengan makanan kat sini.Paling awfiyah suka adalah Noodles glass sup tu dan aiskrim mangga.Kalau dapat dia memang bermangkuk ler jawabnya.

 

Sekali lagi ,kalau korang nak ke sini,ataupun nak menempah boleh follow alamat dan no telefon di bawah ni ye

TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT
Bandar Penawar ,81930 Kota Tinggi
Johor
Tel : +607 8338888

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *