PARENTING

Nur Awfiyah dan lukisan Bendera Malaysia

Assalamualaikum

Nur Awfiyah dan lukisan Bendera Malaysia | Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke -61 pada tahun ini dengan Logonya Sayangi Malaysiaku.Sekolah kakak buat pertandingan mewarna.

 

 

Kalau ikutkan nak masukkan kakak ke Pertandingan pakaian beragam,tapi disebabkan tak sempat umi nak upah buat baju guna bendera,terpaksalah masuk je pertandingan Mewarna.

Kalau cerita bab mewarna ni,kakak bukanlah terror sangat mewarna.Umur kakak tahun ni baru 4 tahun,so aku tak expect kakak boleh mewarna dengan cantik seperti orang dewasa.Tapi orang kata,nak meluntur buluh,biarlah dari rebungnya.Masa kakak  berumur 2 tahun lagi aku rajinlah jugak buat homeschooling untuk dia.Cuma disebabkan dia dah tak stay dengan aku,maka tak dapatlah aku nak ajar dia lebih lagi.Tapi alhamdulillah,setiap kali dia balik bercuti dengan aku,sedikit sebanyak aku boleh ajar dia.Aku ada ceritakan tentang Homeschooling Naura di Entry Aktiviti Homeschooling Naura .Dulu pun aku ada cerita tentang dari mana aku belajar Homeschooling activities ni.Aku join group dari Facebook yang mengajar ibu bapa tentang Homeschooling anak-anak ni.Korang boleh baca di Entry Group Homeschooling ni

Sejak ada Mr.Diy dan juga kedai Eco,aku memang rajin belikan mereka buku untuk mewarna.Walaupun aku tau buku tu tidak dijaga dengan baik oleh mereka,At least,ada jugaklah kan inisiatif anak-anak untuk belajar.Memang aku akan sentiasa membeli buku dan juga pensel warna untuk mereka.Nak kata membazir tu memanglah sebab ada jenis budak-budak ni tak sayang barang.Tak perlu kot korang beli buku atau pensil warna yang mahal.Kat kedai Rm2 tu,banyak je buku dan pensil yang murah.So kena beli yang murah dahulu.

 

Balik rumah,memang excited nak mewarna.Lagi satu aku suka je belikan buku bacaan yang nipis-nipis dan banyak gambar.Yelah,diorang pun bukan pandai sangat membaca kan.So beli jelah buku-buku yang berwarna warni untuk tarik perhatian mereka tu untuk suka pegang buku.Aku suka beli buku-buku ni sebab,anak aku ni jenis pantang nampak handphone.Mesti dia nak ngadap.Kalau dah ngadap tu kang,sejam lebih tau.Tu sebab aku banyak belikan diorang buku.

Hari tu aku ada terbaca di blog INI yang berkongsi tentang tips latih anak suka melukis.Perkongsian cikgu ni sama dengan apa yang aku buat dekat Naura dan kakak.Cuma mungkin kurang dari apa yang cikgu ni buat.Jom kita baca tips latih anak suka lukis

1.Lukis depan anak.

Bila dah belikan buku dan pensil warna,tak bolehlah terus nak suruh diorang lukis.Kita bagi diorang lukis sendirian sedangkan kita main handphone.Memang taklah anak kita tu akan buat sorang-sorang dia.Situasi ni,kita kena mainkan peranan jugaklah kan untuk melakukan aktiviti bersama mereka.Handphone kena letak jauh dari Naura,Kalau tak,memang sekejap jelah dia pandang buku tu.Mewarna bersama mereka.sambil tu bolehlah kita kenalkan setiap warna yang kita lukis tu.Alhamdulillah,Umur Naura sebelum 3 tahun,dah tahu pasal warna asas ni.

2.Pamer hasil lukisan

Aku suka je buat perbandingan bila lukisan dah siap ni.Sebelah buku tu,aku warna dan sebelah lagi Naura akan warna.Dah siap,aku akan tunjukkan hasil lukisan aku pada dia.Lepas tu bagi pujian yang konon-kononnya lukisan dia lagi cantik dari aku.walau hakikatnya tak cantik.hahaha…

3.Koleksi komik dan buku cerita

Aku ada terbaca,nak pupuk minat anak-anak dari kecil,kita kena jugak sama membaca dengan mereka.Dari Naura 2 tahun lagi,aku dah belikan dai buku cerita yang mempunyai gambar lebih dari isinya.Macam cerita teladan zaman dulu kala tu.Dekat kedai Eco ada jual.sekeping tu rasa dalam rm2 lah kot.Beli buku yang berwarna warni.Sebelum nak tido tu,aku ajak dia baca buku tu.walaupun lepas tu korang kena tanya banyak soalan dari mereka,please redha..hahahaha…Sebab itulah yang akan berlaku selepas membaca buku bersama mereka.Kadang-kadang kan,kita tak payah nak ikut ayat yang di dalam buku tu.Kita cuba lah baca menggunakan lenggok kita sendiri.Ayat yang mudah untuk budak-budak nak faham..Walaupun kebanyakkan buku,kulitnya dah dikoyak,at least masih tersimpan elok.

 

4. Sentiasa beri sokongan fizikal dan mental

Nak mengajar anak,kita sendiri memerlukan fizikal dan mental yang kuat.Baru kita boleh bagi sokongan untuk mereka terus belajar.Kita tak boleh mudah untuk mengaku kalah,cepat down bila anak tak pandai.Sebaliknya kena fikir cara macam mana nak ajar mereka dengan lebih tenang dan cepat untuk menerima pembelajaran.Tapi tak boleh lah untuk kita paksa anak kita untuk belajar dan hadam dengan cepat.Makan masa jugaklah kan.Sebab otak mereka kan fresh lagi,kalau diorang tu lambat sebenarnya mungkin kita kena cari cara bagaimana nak memupuk mereka untuk minatkan sesuatu.

 

5.Doa ibu

And yes,seperti apa yang puan Sakinah sebutkan di perenggan yang akhir,Doa ibu tu perlu untuk anak.Kita sebagai ibu,haruslah mendoakan yang baik-baik untuk anak.

 

begitulah tips yang aku boleh kongsikan.Nak jadi ibu bapa zaman sekarang ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Apa pun moga kita jadi ibu bapa yang melahirkan anak-anak yang berilmu..insyallah

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *