produk review

Kira Kira Baby Selesa dan Berkualiti dari Jepun

Assalamualaikum

Kira Kira Baby Selesa dan Berkualiti dari Jepun | Happy kan bila lihat anak kita selesa dengan apa yang dipakainya.Kalau diikutkan banyak je produk baby yang berada di pasaran sekarang ni.Dan tak semua produk yang ada dipasaran sesuai dengan anak-anak kita.Sebagai ibu,kita kena pandai untuk memilih jenama produk bayi yang sesuai dengan anak kita.

Walaupun ada je jenama yang terkenal dengan brand mereka yang ada di pasaran,tetapi kadang kala ianya tidak sesuai dengan anak kita.Mungkin ada di antara produk mereka yang tidak  diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan mempunyai pewangi yang kadang kala tidak sesuai untuk digunakan oleh anak kita.Tapi ada satu brand ni yang aku nak perkenalkan dekat korang,yang sangat selesa dan sangat sesuai untuk anak aku.Sebelum ni memang tak pernah pun dengar pasal produk yang berasal dari Jepun ni.Dan baru-baru ini mereka telah memasarkan produk mereka ke Malaysia

KIRA KIRA  adalah jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun dan kini ada di Malaysia untuk membantu bayi membesar dengan bergaya  dan dalam pada itu memberikan keselesaan kepada bayi.

 

Ramai ibu bapa kagum setelah mencuba produk terkena dari Jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft  & Dry Premium Pants.Ramai pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat Kira Kira tentang bayi mereka lebih banyak bermain dan gembira.Selain daripada itu,bayi mreka lebih ceria dan kurang meragam.

“Lampin Kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu ” PRODUK BERKUALITI MELALUI KESEDERHANAAN“.Dengan inovatif teknologi daripada Jepun,Kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium  yang ultra lembut dan berangin untuk memastikan bayi kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari.” Kata Patt Sue-Ann,Pengarah Komersial-MOCC bagi DSG Malaysisa Sdn Bhd

 

Tambahnya lagi,sebagai contoh inovasi MAGIC DRY BUBBLE SHEET oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi agar sentiasa kering dan segar.

Bagi membolehkan bayi rasa tetap selesa dan bergaya,mereka telah menggunakan corak lampin yang kawaii(comel) untuk si kecil.

 

Direka mengikut garis pinggan,Air Sofy Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut.Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin,ibu bapa kini boleh mengetahui  dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda.Mereka juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda.

Untuk kesenagan dan lebih mudah dipakai,ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants,yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL.Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama.Bukan itu sahaja,ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan mudah.Selain lampin Kira Kira juga adalah pakar dalam Produk penjagaan Bayi Organik.Produk penjagaan bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan bahan organik yang semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang bebas daripada bahan-bahan Kimia yang berbahaya.

 

 

Sebagai contoh,Produk Kira Kira Top to Toe Wash berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda.Ekstrak Camelia Japonica menjadikan kulit bayi anda lembut dan gebu apabila disentuh,Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah.

Kira Kira Baby Lotion(380ml) yang mengandungi babobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi.Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.Krim lampin adalah produk penjagaan kulit yang penting bagi bayi anda.Kira Kira Nappy Cream boleh didapati dalam betnuk tiub sebanyak 50ml dan ianya amat mudah untuk disapu pada kulit bayi.Krim lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak Chamomile dan Shea Butter yang membantu memulihkan ,melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit bayi anda daripada ruam lampin.

Selain kualiti,ibu bapa pasti teruja untuk memilih produk Kira Kira kerana harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar amat berpatutwan walaupun ianya menggunakan bahah-bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat.Begitu juga denga tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi,losyen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding jenama lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama.

 

Untuk penjimatan yang lebih besar,sekarang pengguna boleh membeli produk Kira Kira menerusi laman web Shopee.Anda hanya perlu layari  http://bit.ly/KiraKiraShopee dengan setiap pembelian melebihi RM100,masukkan kod Promo KK25LAUNCH sewaktu pembayaran untuk menikmati diskaun. Promosi sah sehingga 30 september 2018

 

Berikan si manja anda keselesaan dan penjagaan yang berkualiti ketika mereka membesar dan menerokai dunia ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan suka www.facebook.com/kirakiramalaysia.

 

 

 

 

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *