FLORIST

Ucapkan dengan Bunga dari Flower Chimp untuk yang Tersayang

Assalamualaikum

Ucapkan dengan Bunga dari Flower Chimp | Seronoknya bila dapat bunga dari seseorangan kan.Sekarang ni pelbagai jenis bunga boleh dikirim melalui online sahaja.Hanya perlu memilih bunga untuk pelbagai jenis sambutan.Kemudian,bunga dihantar oleh mereka.Tak perlu keluar untuk memilih bunga dikedai.Semuanya siap di atas talian.Mudah kan.

Begitulah  Flower Chimp yang memberikan perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.Banyangkan  betapa mudahnya korang untuk memilih jambangan bunga kegemaran dan merancang membuat penghantaran hanya dihujung jari sahaja.

Flower Chimp menyediakan pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah,titipan istimewa sempena sambutan hari kekasih,dan Hari ibu.Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan dari harga serendah RM89 sahaja.Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran keseluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia,termasuk Sabah dan Sarawak.Dengan rangkaian meluas itu,tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut  menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan minima.Malah,pelanggan juga boleh menjadualkan  penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengahari untuk mengejutkan insan tersayang.

 

Walaupun nama Flower Chimp masih baru dalam perniagaan bunga ini,mereka telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini.Dalam tempoh kurang dari dua tahun,mereka telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara talian  di Malaysia,Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan 5 kali ganda berbanding tahun lepas kata pengasas Flower Chimp iaitu Maximillian Lotz.

MENGENAI FLOWER CHIMP

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman iaitu Maximillian Lots dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara.Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia,mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan erkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan,Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan  penghantaran percuma ke seluruh negara.Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut,mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan  penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini,Flower Chimp beroperasi di Malaysia,Indonesia dan Filipina.Dalam masa terdekat,dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal menlancarkan platform mereka di Singapura

dan Negara Asia Tenggara lain.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

 

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

 

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
Maklumat lanjut boleh hubungi mereka di
Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
 
Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
 
Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE