food Review,  JDT BLOGGER,  JOHOR

1st Anniversary Nelayan By The Coast Tunamaya Beach & SPA Resort

Assalamualaikum


1st Anniversary Nelayan By The Coast Tunamaya Beach & SPA Resort
| Ini kali kedua aku makan di Nelayan Seafood By The Coast.Kali pertama,aku dengan Blogger-blogger meneroka Johor Bahru anjuran Tourism Johor.Korang boleh Baca entry Kembara Blogger Johor Part 8 Tunamaya.Tak sangka mereka dah pun setahun berada disini.Dan apa yang penting keenakkan Seafood masih tidak berubah. Sebab tu Nelayan Seafood By The Coast salah satu tempat makan seafood  sedap di Kota Tinggi ni. Disini juga adalah tempat  yang mesti korang terjah bila korang teringin nak makan seafood yang sedap.Very Recommended.

Hari tu aku berkesempatan untuk menghadiri Media Tasting di Nelayan Seafood By The Coast ni sempena Ulang tahun mereka yang pertama dengan #Nelayanseafood8818. Untuk menu sempena Ulangtahun mereka,mereka menyajikan hidangan istimewa untuk mereka yang berkunjung ke sini.Sajian ni pasti memberikan satu pengalaman yang akan korang kena sampai bila-bila.Nelayan Seafood adalah tempat makanan seafood yang sedap di Kota Tinggi ni tau.Sambil menghirup udara pantai,korang boleh menikmati sajian yang sedap ini disana.

Ok,Jom kita tengok Menu yang disediakan disini.Yang pastinya semua makanan yang disediakan tidak mengecewakan tetamu yang datang berkunjung disini. Ketua Chef di sini menyajikan hidangan yang boleh dinikmati oleh semua jenis lapisan masyarakat.Seafood yang disediakan juga sangat Fresh dan tak rugi berbelanja makan disini.

Chef Fatt dan menu masakkannya.

So,kita scroll makanan di bawah ni ye.Harap korang tabah melihat menu-menu yang sedap ni.Sebelum tu kami diberikan minuman penyejuk tekak iaitu air kelapa.Memang segar.

MERDEKA PLATTER

Hidangan yang pertama disajikan untuk kami adalah Deluxe Combination Platter.Sempena Hari Kemerdekaan ni,mereka menyediakan Deluxe Combination Platter ni dengan nama MERDEKA PLATTER.Boleh dikatakan,menu yang terdapat di dalam DELUXE COMBINATION PLATTER ni semua sedap-sedap belaka tau.Nanti aku bagitahu berapa harga untuk Merdeka Platter ni.

BARISED SEAFOOD SOUP WITH BEANCURD CUBE

Hidangan keduanya pulak adalah Barised Seafood Soup With Beancurd Cube.Kali pertama nampak ni,ingatkan sup sarang burung,tetapi sangkaanku meleset.Rasa seafood seperti sotong di dalamnya dah membuatkan Soup ni sangat sedap.Rasa segar seafood yang ada di dalamnya juga sangat sedap.

HONG KONG STYLED STEAMED RED SNAPPER

 
Hidangan ini pula pastinya menjadi kesukaan ramai.Di masak dengan cara Hongkong pastinya korang akan puas hati .Ikan yang segar di masak dengan cara steam ni,memang sedaplah kan.Uih..yang menulis ni rasa nak menjejes air liur.Rasa nak pi repeat lagi je ni.

BOSTORN LOBSTER WITH CEREAL

 
Kalau kat kedai biasa,jarang sangat kan Lobster ni masak macam ni.Tapi di sini,Cheff memasak Lobster dengan Cereal yang pastinya memberikan rasa yang rangup dan sedap.Tak perlu cari nasi,Makan macam tu pun dah pastinya sedap.

BROCOLI WITH MUSHROOM

 
Kalau ikut plan,sepatutnya Chef menyajikan kami Asparagus,tetapi disebabkan Asparagus yang diterima tidak begitu segar,Maka chef menyajikan Brocoli with Mushroom.So bagi aku,menu ni pun dah membuka selera tau.

 

CRISPY ROASTED CHICKEN

 
 
Selepas itu kami disajikan dengan Crispy Roasted Chicken ni.Memang sedap dan lagi sedap aku makan dengan menu seterusnya di bawah ni.Baru ngam…hehehe

LOTUS LEAF RICE

Hanya ada di Nelayan Seafood By The Coast.Takkan jumpa di tempat lain menu Lotus Leaf Rice ilham dari Chef kita ni.Sebetulnya,aku sedikit pelik masa menu ni sampai.Memang tak pernah lagi merasa menu seperti ini.So,menu yang paling wajib korang rasa.Lain dari yang lain tau.

Menu pencuci mulut juga disediakan.Longan Sea Coconut ni memang mampu menyejukkan tekak.Disajikan juga dengan Premium Chinese Tea.


LONGAN SEA COCONUT

So,korang dah tengok kan antara menu yang dihidangkan sempena 1st Anniversary mereka kan.Untuk korang yang nak rasa keenakkan Seafood dari Nelayan Seafood By the Coast,ada harga menarik yang korang boleh dapati sementara Promosi dari 1 Ogos sehingga 30 September 2018


HARGA

1 Set Hidangan Seafood untuk 10 orang

RM758++


MERDEKA PLATTER SET

RM61

NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST
(No Pork, No Lard)
Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Coast
Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
WAKTU PERNIAGAAN
Setiap hari
11.30 pagi – 10.00 malam
TEMPAHAN DAN MAKLUMAT LANJUT
+607-88338888
info.dtbsr@careluxuryhotels.com
WEBSITE
www.careluxuryhotels.com/tunamaya-desaru/
MAPS

 

HAPPY ANNIVERSARY NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE