produk review

Madu Kelulut Untuk Kesihatan dan Kecantikkan

Assalamualaikum

MADU KELULUT UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKKAN| Ramai yang dah tau kan tentang kebaikkan madu kelulut ni.Cuma di pasaran sekarang ni,kita kena betul-betul pastikan yang dibeli adalah madu kelulut asli dan tiada tambahan gula.Madu kelulut ni tak sama dengan madu lebah kerana madu kelulut rasanya sedikit masam dan berwarna cerah.Kelulut ni berasal dari keluarga lebah juga cumanya ia lebih kecil dan tiada sengat.Kelulut menghasilkan propolis dan madu yang kaya dengan antioksidannya.

PROPOLIS berfungsi sebagai antikulat,antifungus,antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebgai bahan aktif dalam kosmetik,krim dan tablet.

So,bila aku terima Madu ni dari kawan aku,aku cuba untuk rasa sebab ramai yang kata madu yang dijual memang asli.Aku tak berapa sure macam mana nak tentukan madu tu asli atau tidak.Tapi bila letak lama dalam peti ais,madu tu takdelah keras dan terdapat gelangan propolis  di atas madu tu.Itu jelah yang aku nampak.Madu kelulut ni banyak manfaatnya.Jom kita tengok apa manfaat madu ni


MANFAAT MADU KELULUT

  • mencegah serangan strok
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Melancarkan Peredaran darah
  • Memperkuatkan fungsi otak dan jantung
  • Meningkatkan pengeluaran hormon
  • Mengendurkan urat-urat yang tegang
  • Memperbaiki sel tubuh yang rosak
  • Menghilangkan rasa letih,meningkatkan metabolisme badan.
  • Boleh dinikmati oleh pesakit diabetes
  • Meningkatkan kecerdasan anak
  • Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
  • Membantu penyembuhan luka diabetes
  • Mengurangkan Resdung
  • Merawat batuk,selsema dan sakit kerongkong
  • Mengurangkan lelah/asma
  • Melancarkan pernafasan
  • Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
  • Membantu menurunkan tahap tekanan darah
  • Mencegah pembentukan batu karang.

KEBAIKAN MADU KELULUT UNTUK KECANTIKAN

MELEMBUTKAN KULIT

Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan .Ia perlu di sapu di bahagian kering seperti siku,tangan dan dibiarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan.Nak cantik kenalah buatkan

PELEMBUT RAMBUT

Madu adalah pelembut rambut yang asli.Cara untuk menggunakannya adalah mencampurkan  1 sudu teh ke dalam syampu yang kita gunakan.Ia amat sesuai untuk merawat rambut yang kusut dan rosak.

BAHAN UNTUK MANDI BUNGA

Caranya dengan membancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1 cawan air suam.Selepas 10 minit,apabila madu sudah larut sepenuhnya,tuangkan ia ke dalam air mandian bersama dengan beberapa titik minyak pati lavender.

MENGHILANGKAN JERAWAT

Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan Band Aid.Tanggalkan selepas 30 minit

SEBAGAI PEMBERSIH MUKA

Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2 sudu makan susu ke muka.Biarkan dan bersihkan selepas 10 minit

KEBAIKAN MADU KELULUT UNTUK KESIHATAN

MENYEGARKAN BADAN DI WAKTU PAGI

Ambil beberapa sudu madu(difahamkan ia kaya dengan fruktos) di waktu pagi

PENYEMBUH LUKA

Luka dan kesan terbakar.Sapu di tempat ang terkena.Ini kerana madu bertindak sebagai bahan antiseptik yang amat mujarab.

SAKIT TEKAK DAN BATUK

Ambil campuran air limau nipis/lemon dan madu adalah sangat berkesan untuk merawat sakit tekak dan batuk.

MEMBASMI PARASIT

Ambil campuran madu,cuka dan air pada kadar yang sama.Ia sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem perkumuhan

Hah..korang sendiri dah baca kan tentang kebaikkan Madu kelulut ni.So,kalau korang nak dapatkan Madu Kelulut yang asli tanpa campuran apa-apa ni,korang boleh dapati Madu Kelulut Asli keluaran JANNAHTUL AINI AGROFARM

 

 

Untuk pembelian korang boleh terus ke tekan link whatssap ni  http://www.wasap.my/+60127550769/Madukelulutasli 

 

atau pembelian di Shopee

https://shopee.com.my/puanzieyan

 

 

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *