Menu of the day

Menu Dinner dari Dapur kisahsidairy 300718

Assalamualaikum

Menu Dinner 300718 | Lama bebenau takde cerita pasal menu dinner umi ni kan.Bukannya apa,sibuk dengan anak demam,sibuk dengan draft client,sampai entry personal pun umi abaikan.Lagi satu lately ni,asyiklah migrain.Nak kata darah tinggi,check takde pulak.ke mengandung?? hahahahaha..

Eh..eh…takdelah,umi gurau je.Kang termengandung betul,habislah umi.Ok..jejom kita tengok apa yang umi masak semalam.Actually menu dinner umi ni kalau hari bekerja,umi akan masak yang simple je..(macam lah kalau tak kerja menu ala hotel..hahahah) Umi masak apa yang senang untuk anak umi dan husband makan je.Bagi umi,lauk tak payah nak GAH bagai,yang penting sedap dan menyelerakan.Tapi apa menu GAH tu ek..ala..macam nasi beryani gam ke,Nasi kerabu ke..itu dah kira menu GAH ler.

Ikan caru bakar
Masa kat pasar lagi umi dah siap ambil pesanan dari husband,apa yang dia nak makan,umi akan catat,so bila ke pasar,senang umi nak cari bahan.So,umi dapat ikan caru yang kecil² macam ni..Not bad..Isi masih manis lagi.>Sebab tu kalau nak buat ikan bakar,perlu ikan segar,barulah rasa kemanisan ikan tu..

Sambal Belacan
Setiap kali ada menu ikan bakar dan sayur lemak,confirm umi akan buat sambal belacan.Kalau takde sambal belacan ni,rasa macam tak complete pulak menu umi ni.

Sayur Sawi putih masak lemak
Serius nak bagitahu,umi paling tak suka makan sawi masa zaman remaja purba.Kalau nampak sawi,mulalah umi asingkan.Tapi sejak dah kahwin dengan husband,maka terus berubah sebab MIL memang suka masak sawi.hahahah

Ulaman Timun dan Ulam raja
Sejak-sejak ni,memang umi suka makan ulam,Kalau kat kedai makan pun,umi akan ambil ulam.So,ni umi standby dalam freeze kot lah teringin nak makan.Rasa nak bercucuk tanam ulam-ulaman,tapi apakan daya,rumah kami tanah sekangkang kera.
Hah..tu je kot nak cerita.Tapi entry panjang berjela.Kalau dah di suruh membebel,memang tak cukup satu page…hahahaha…

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE