RESEPI

Resepi Nasi Goreng Tomyam Udang mudah

 

Resepi Nasi Goreng Tomyam Udang mudah | Benda paling mudah nak siapkan makanan bila ada Pes seperti yang ada di pasaran sekarang ni.Macam-macam PES tau.Pes tomyam,paprik,asam pedas,pendek kata apa kau nak semuanya ada.Bukan sebab pemalas,tapi nak cepat.Kalau ko dah kerja seharian kat opis,lepas tu balik nak kena sediakan bahan-bahan nak buat benda yang nampak simple tapi lambat nak sediakan,haruslah makan masa kan.

So,yang paling senang adalah menggunakan pelbagai jenis PES untuk memudahkan kerja memasak.Baru-baru ni aku cuba satu botol PES Thai Tom Yum cap NANG FAH ni.Bukan sekadar buat tomyam je boleh,apa-apa jenis masakkan yang korang nak letak pes tomyam ni pun boleh.Dan semalam,teringin nak makan nasi goreng seafood tomyam.Tapi aku guna udang jelah.Ingat nak masaklah yang pedas-pedas berapi,tapi bila fikirkan dak Naura pun nak makan jugak,maka berhuha lah menggunakan lada besar untuk menumis.Ok,kat sini aku share dengan korang resepi nasi goreng tomyam udang menggunakan PES Thai Tom Yum Nang Fah ni

Bahan-bahan 

*2 biji cili besar(aku guna sebab taknak pedas)
*1 biji bawang besar
*1 biji bawang putih
*Sedikit belacan
1 sudu Pes Tomyam
Sedikit garam
6-10 ekor udang (ikut korang nak letak lebih)
Fish cake
Sayur sawi

* Bahan untuk ditumbuk dan ditumis

Cara membuat Nasi goreng tomyam
Panaskan kuali dengan sedikit minyak,kemudian masukkan bahan yang sudah ditumbuk,tumis sehing

.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak,kemudian masukkan bahan yang sudah ditumbuk,tumis sehingga naik bau.Kemudian masukkan PES tomyam
Kemudian masukkan udang.Dan perasakan dengan sedikit garam
 Masukkan Fish cake dan sayur ke dalam kuali
 Masukkan Nasi yang telah di masak..kalau tak masak haru ko!!
 Kacau sehingga kesemua nasi tu kena dengan bahan tumisan.

Siap untuk disediakan untuk keluarga tersayang

 

Senang kan..So korang kena dapatkan  PES THAI TOM YUM NANG FAH ni boleh tengok kat IG  KEDAIONLINE_ZIEYAN .Kalau nak sedap lagi sila letak sekali daun ketumbar dan juga cili kecil..Memang umppphh beb

 

Nak lagi resepi boleh tengok Link –RESEPI ni

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *