food Review

Ateh Corner tempat makan sedap di Taman Universiti Johor

Ateh Corner tempat makan sedap di Johor|Sekarang ni nak cari tempat makan sedap di Johor tak susah, korang google je, mesti akan jumpa restoran makanan sedap yang boleh korang terjah. Salah satu temlat makanan sedap di Skudai Johor adalah Restoran Ateh Corner. Kalau dulu Restoran Ateh Corner ni bertempat di MPJBT di Kebangsaan 29,dan mula berpindah ke sini pada bulan lepas kerana tempat yang lebih selesa dan besar.

Restoran Ateh corner ni memang menjadi tunpuan pelanggan. Sebabnya ia bukan sahaja menyediakan makanan seafood, malah western dan makanan melayu pun ada. Contoh makanan melayu tu Laksa Johor, mee bandung, pendek kata, tekak ko nak makan ape, semua ada.

Dengar pulak sekarang ni, sarapan pun mereka sediakan tau. Hari tu berkesempatan makan-makan dengan geng JDT Blogger di Restoran Ateh Corner.Uih.. Memang kena repeat lagilah.. Ni antara menu Hot yang kami order untuk malam tu.

Pertama sekali, aku nak bagi 5 bintang penuh dekat Kuih Koci leleh sedap ni dari Restoran Ateh Corner. Memang sedap dan kuih koci ni

Menu western pulak, jomlah kita tengok apa yang kami makan malam tu.

Kupang

 

Siakap stim Nyonya

 

 

 

Udang goreng butter

 

Banan spilt atau bahasa Ateh Corner
Pin pon -pin pon

Selain tu jugak ada kacang panjang goreng, pari bakar, kerang sambal dan pelbagai menu lain..

Montou Bun, menu wajib yang korang perlu order.. Serius sedap!!
1st time makan Montou bun ni cecah dengan sos special tau. Sebelum ni tak pernah lagi rasa. Serius i jakun..hahaha.. Takpelah, dah makan, makanya dah tau.
Ada lagi tau yang korang perlu order seperti makanan western dan Makanan di bawah ni.
Rojak petis, sotong kangkung dan Laksa Johor
Hah, itulah antara menu menarik di Restiran Ateh Corner. Kalau dah sekali pergi, mesti rasa nak repeat lagi tau. Kat sini surau dan tandas disediakan tau. so tak perlu risau..

Sebelum balik, sempatlah bergambat kenangan dengan Puan Linda selaku owner kat restoran ni. moga lepas ni perniagaan puan Linda semakin berkembang hendaknya.. Insyallah, amin

So, korang yang nak terjah ke Restoran Ateh Corner ni, boleh refer pada alamat dibawah. Dia berdekatan dengan Al-Ikhsan Taman Universiti ye.

Restoran Ateh Corner

Jalan Pendidikan 5,Taman Universiti

81300 Skudai Johor

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *