Mycooking,  RESEPI

RESEPI LALA GORENG BERCILI

RESEPI LALA GORENG CILI | Resepi ni simple je dan senang untuk dibuat.Ramai yang rasanya suka makan lala ni kan.Pelbagai jenis masakkan yang boleh dibuat dengan lala antaranya adalah Lala masak lemak cili api,lala goreng bercili,lala masak halia dan macam-macam lagilah.Masa pergi ke pasar hari tu nampak lala ni,so macam dah lama pulak tak masak lala,ambillah dalam sekilo.Kalau sikit rasa tak puas jugak kan nak makan.Maklum ler,isi nya tak berapa nak hado!

Nak dijadikan cerita,sabtu hari tu ada pulak tetamu yang datang,so masakkan sekali tengahari untuk dia.Ada orang tak suka lala ni sebab kalau masak pasir laut tu masih ada lagi kan.So bagi mengelakkan agar pasir laut ada di dalam lala ni,korang rendam lala tu dengan garam dalam setengah jam.Lepas tu kulit lala tu akan terbuka tau.Dan rajin-rajinlah korang kaut-kaut dalam tu supaya pasir laut tu keluar.Lepas pada rendam tu,bersihkan dan tapis lala tersebut.

 

Lala yang dah di rendam dengan garam.

 

 Lala dah siap tos dan dibersihkan

RESEPI LALA GORENG BERCILI

-2 ulas bawang besar**
-3 ulas bawang kecil**
-Sedikit belacan(tak letak pun takpe
-2 batang serai dititik
-3 biji lada kecil(ikut pada tahap kepedasan)**
-Sedikit garam
-Minyak untuk menumis
Tumbuk bahan bertanda **
CARA-CARA MEMASAK 

Panaskan kuali dengan sedikit minyak,kemudian tumis bahan tumbuk sehingga naik bau

Masukkan serai yang dititik
Masukkan lala
Perasakan dengan garam
Dan nampak lala tu kemerahan,bolehlah tutup api dah hidangkan.
Amacam..senang tak resepi lala goreng bercili ni.Rasanya menu paling simple tau.Ni pekena dengan nasi panas-panas sedap tau..Kalau korang nak berkuah sikit,campurlah sedikit air.Tak perlu banyak sebab kebanyakkan seafood ni akan ada iar dari nya sendiri.
Selamat mencuba resepi yang senang dan selalu dibuat orang ni ye.
More recipes here : Resipi kisahsidairy

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE