parenting blogger

Playground Slide untuk si Naura Auni

Playground Slide untuk si Naura Auni | Macam-macam benda yang umi buat untuk dia bagi memastikan dia tidak tertumpu kepada satu permainan sahaja.Mungkin orang kata aku manjakan anak,tapi itu bukanlah satu perkara yang aku rasa aku terlalu manjakan dia.

Kenapa aku perlu belikan ini untuk dia? Supaya dia tak bosan,supaya dia sentiasa ada aktiviti yang dia boleh buat selepas balik dari taska.Hanya orang yang ada anak sorang je yang akan faham kenapa.Si Naura ni pulak dia suka sangat dengan gadget,memang pantang kalau umi dengan babah pegang,dia pun nak ada sama.Walaupun tak pegang pun,dia still akan mintak dari aku.So,untuk avoid dia gila gadget,aku beli untuk dia mainan yang boleh buat dia selalu bergerak.

 

Separuh dari duit raya dia tu aku belikan dia mainan ni.Kalau ikut dari apa yang aku baca di satu blog ni,permainan gelongsor ni pun menjadi salah satu mainan yang boleh memberikan banyak gerakkan di mana ia bagus untuk menggalakkan pembangunan sentuhan.

 

KENAPA AKU BELI PLAYGROUND SLIDE UNTUK NAURA

 

Sebenarnya ada je kelebihan setiap satu mainan tu untuk anak-anak kita.Di luar sana,atau di online shopping ,banyak je mini playground yang boleh kita beli dan wujudkan untuk anak-anak kita.Anak zaman kita tak sama dengan anak zaman dulu.sangat tak sama,bila dah parents ni bekerja,lagi pulak masa cuti tak sama,bila masa kami ada masa nak keluar bawa anak main playground.Bukan tak pernah bawak ler,tapi masa tu terhad.ini bukan alasan,tapi realiti weh..Bukan setiap hari boleh bawak diorang ke playground.Bukan setiap minggu pun kita boleh bawak anak ke sana jugak.Kat rumah pun boleh ada aktiviti yang kita boleh buat dengan dia.Asalkan ada masa nak beraktiviti dengan dia.Ok dah,malas nak ulas lanjut sebab i am not perfect parents,tapi nak jadi yang terbaik untuk  dia.Sebab tu sebelum membuat sesuatu,aku fikir dulu baik buruknya nak beli mainan untuk dia.

 

APA KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN GELONGSOR NI

 

Dunia kanak-kanak ni adalah dunia bermain bagi diorang.Walau takde mainan pun diorang boleh create satu mainan..alah…macam korang tak pernah jadi budak-budak kan.Kadang-kadang tudung saji mak ko tu ko boleh buat macam ninja turtle.Takpun jadi skirt…hahahaha…Ada beberapa kelebihan kanak-kanak bermain gelongsor iaitu

  • Untuk menggalakkan pembangunan sentuhan bayi,supaya bayi bermain pelbagai jenis slaid dalam proses,mengalami sentuhan berbeza,untuk menggalakkan pembangunan sentuhan.
  • Slaid adalah bayi “kelajuan” perasaan awal.Panjang berbeza,cerun slaind untuk bayi membawa kepada pengalaman kelajuan yang berbeza.
  • Melaksanakan penyelarasan dan meningkatkan kawalan fizikal.Dari proses slaid,bayi perlu menguasai kira-kira  dan kelajuan mereka sendiri.
  • Keseimbangan badan apabila mereka bermain  dalam keupayaan Olahraga mereka.
sumber :http://my.kaidiplay.com

 

So,order tak sampai seminggu,barang dah sampai.Aku beli dari Shopee.Korang kalau nak beli,ada je yang lebih murah dari ni,kena pandai cari.Cuma yang aku rasa , slide ni sesuai untuk Naura dengan ketinggian slider ni adalam 80cm.Paling murah yang aku tengok adalah Rm89 tak silap aku.Cuma ketinggian tak samalah.Kita beli ikut kemampuan.Beli yang boleh manfaatkan dia.Jangan kata aku show off ye.Sebab aku beli ni pun guna duit raya dia.MUNGKIN ADA ORANG KATA LEBIH BAIK MENABUNG DARI BELI BENDA TAK BERFAEDAH NI.Please….Ikut masing-masing.Kalau kita sebagai orang dewasa bila bekerja,nakkan reward untuk diri kita sendiri kan,So budak-budak tak pandai ke nak mintak reward untuk diri dia sendiri.So,tepuk dada tanyalah selera nak makan ape…hahahaha…

Memang benda ni dia tak boleh main lama,mybe dalam dua tahun je,lepas tu dia dah tak pandang dah permainan ni,of course tak perlu risau,korang boleh jual balik dengan harga yang berpatutan jugak kan.Biasalah,setiap permainan tu ada had umurnya.So takkanlah ianya boleh tahan sampai 10-20 tahun…

Mudah untuk di pasang.

Ikutkan aku nak letak di luar rumah,tetapi memandangkan tak selamat untuk aku tinggalkan dia bermain sorang-sorang kat luar,so aku letak dalam.Lagipun rumah tak siap lagi awning.Jadi kalau berhujan panas,cepatlah rosak kan.

Kotlah korang nak juga rewardkan untuk anak-anak,boleh la cari di Shopee…Sebelum beli,sila baca komen dari customer ye.Ianya boleh menentukan samada produk yang korang beli tu bagus atau tidak.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

24 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *