from my kitchen,  RESEPI

Rendang Daging di atas permintaan

Rendang Daging di atas permintaan  | Seumur hidup memang tak pernah lagi merendang.Setiap tahun mesti tolong orang masakkan je.Tolong kacau dan sediakan bahan sahaja ok.Jadi bila ada orang request nak makan rendang daging ni,kenalah buat.Silalah google resepi rendang daging yang simple untuk aku follow.Sebelum tu pun en.husband dah tanye samada aku boleh buat rendang ke tidak.Isteri mana nak hampakan permintaan si suami kan.Nak taknak,dia kena cuba jugaklah untuk buat.

Kalau ikut resepi tu,memang banyaklah yang digunakan bahan-bahannya.Tapi aku cuba untuk buat versi aku yang paling mudah untuk aku ikut.Resepi pun kena tengok jugak.Yang penting kena cuba dulu,jadi tak jadi tu belakang kiralah kan.

 

Macam mana resepi rendang daging yang simple ni aku buat.Jom follow rapat-rapat

rendang daging

Rendang Daging Special

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT RENDANG DAGING

Daging(ikut sukalah nak banyak mana,tapi aku beli sekilo je daging)

3 Sudu Kerisik

2 batang serai*

Suku halia*

Suku lengkuas*

* satukan dan blender

3 ulas bawang merah*

4 ulas bawang putih*

* satukan dan blender

10-15 tangkai lada kering di blender halus

2 Batang serai yang diketuk

Daun kunyit

Daun limau purut

3 sudu Serbuk Rendang Daging(aku pakai adabi)

1 1/2 kotak santan kara

sedikit perahan air asam jawa

garam

gula

CARA BUAT RENDANG DAGING

Daging dibiarkan di dalam kuali sehingga empuk.Bila dah empuk,masukkan santan ,serai yang siap dititik dan juga daun limau purut.Kalau taknak pahit,daun limau tu,korang siat dari tulang dia.Di dalam kuali  lain,tumis semua bahan yang dikisar tu sehingga pecah minyak,kemudian masukkan serbuk rendang.Biarkan lagi sehingga pecah minyak.Agak-agak dah sebati semua,masukkan ke dalam kuali yang ada daging tu.Terus kacau sehingga rendang tu jadi pekat.Lepas tu,korang potong halus daun kunyit ke dalam rendang.Perasakan dengan sedikit asam jawa,garam dan gula.Seimbangkan rasa semua.

Bila agak-agak dah pekat,bolehlah tutup api tu.Dah boleh hidang untuk para tetamu.Actually malam tu bukan sahaja aku merendang,tapi jugak melodeh.Cuma kuah lodeh tak sempat nak ambil gambar.So redha jelah dengan kelupaan tu.Alhamdulillah,orang dah puji sedap,so next time bolehlah masak lagi kan.Abang aku yang datang pun,dua kali tambah.Tak taulah samada sedap atau perut dia memang betul-betul lapar.hahahaha

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

27 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *