food Review,  mYSELF

Rasa McFlurry Durian bagi aku

Assalamualaikum

Rasa McFlurry Durian bagi aku | Actually dah dua kali Mcdonalds keluarkan Mcflurry Durian.Dan baru kali ni aku sempat merasa bagaimana perasaan merasa mcflurry durian ni.ecewah..ayat kemain lagi.Biasa-biasa or luar biasa yang boleh nak repeat and repeat lagi.

Sebelum merasa Mcflurry Durian dari Mcdonalds ni,dah terasa kesedapan durian yang original kita makan,cuma di tambah je dengan aiskrim plain tu.Mestilah akan rasa lemak-lemak manis,pahitnya durian kan.

Dah dikata dengan rasa sebenar D24

Ada dua jenis Mcflurry ni dan pilihan aku adalah D24 Durian McFlurry berharga RM8.90 kalau tak silap aku lah.Nak beli yang besar tu macam takut tak berhabisan pulak makan sorang-sorang.So kita try ler yang kecik dulu.Tengahari tu aku ajak officemate ke pusat bandar.Sambil tu boleh la jeling kot-kot Mcflurry durian tu ada lagi ke tidak.Dan nasib menyebelahi,masih lagi ada dan of courselah terus beli kan.

1st time rasa Mcflurry Durian

Betullah ada yang kata,makan mcflurry durian ni,macam kita makan cekedis perasa durian je.Tak tau yang mana satu.Ni hah..aku sempat google untuk tunjukkan korang macam mana jajan durian .Sangat pemes masa aku kecil² dulu.Tapi tak taulah sekarang ni ada jual lagi ke tidak.Sebab jarang dapat jumpa jajan tu.

Hah..berbalik dengan perasaan aku makan mcflurry durian tu.Feel rasa makan dengan durian sebenar tu takde.emmm..macam mana nak bagitahu kat korang eh.Korang boleh bezakan tak makan jajan dengan makan durian sebenar.Macam kita makan cendol durian tu,ada lagi kan feel makan durian,tapi bila makan mcflurry ni,nak enjoy macam makan durian tu takde…hahahaha…yang dah try je tau macam mana rasa dia ok.So,lepas pada makan tu,takdelah nak repeat lagi untuk makan.Jadi hati dah gembira bila dah dapat cuba makan mcflurry ni.

Nak dijadikan cerita,balik kerja,babah ajak makan luar dan sempat lagi nak beraya di rumah abang aku,lepas lepak-lepak,babah ajak ke Mcdonalds..uih…sekali dia pun nak rasa jugak macam mana rasa mcflurry durian.Walau aku dah kenyang tahap gaban,tetap layankan jugak anak beranak ni.

Sudahnya,aku just tumpang sikit makanan mereka.Babah order Burger Orio set dan belikan anak dia nugget .Tu jelah makanan kitorang malam tu.

sekali lagi Mcflurry Durian

Babah order Brazil RIO Burger Beef.
kata babah burger ni pedas sikit.Umi memang langsung tak mencuba sebab perut dah tak boleh nak masuk makanan,Risau kalau dah kenyang sangat kang,mulalah perut ni buat hal.So kita tengok babah layankan je burger ni.
GF umi sedang menikmati Mcflurry Durian.Dah namanya aiskrim,mana mungkin dia akan tolak macam tu je kan.

Muka happy sebab dapat main kejap kat Playground.
Rata-rata yang datang ke sini,tak sah kalau tak order Mcflurry durian ni tau.Mungkin ada yang kata best, dan baru nak mencuba.
Tapi bagi aku,dapat merasa sekali tu pun dah ok dah..Korang pulak macam mana?

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *