Hari raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Selamat hari raya Aidilfitri di tahun 2018.Alhamdulillah,dah pun sampai ke hari raya yang keempat nampaknya. Dan tentunya dah beberapa hari jugaklah kan blog tak berapa nak hapdet gara-gara sibuk beraya dan yang paling penting No internet connection. Kalau hari pertama sampailah hari raya keempat ni, confirmlah internet ni speed slow. Sampai nak buat status kat fb pun sangkut tau. 

Untuk entry pertama di hari raya ni, nak juvaklah up gambar family kan. Alhamdulillah tahun ni #teamrayajohor. So, meriah sikitlah kan.. 

Nak bergambar group ni merupakan satu cabaran tau untuk aku. Nak kumpulkan anak-anak ni, rasa macam dah boleh jadi mak ko hijo tau. Kalau dah lama sangat, bebudak ni cepatlah bosan,ada jelah karenah yang boleh buat mak pak tak sabar.. 

Oh ya, tahun ni, kami pilih royal blue sebagai tema hari raya kami. Walaupun ada jugak yang keluar dari warna tema kami, tetap dimaafkan atas sebab-sebab tertentu. 

Ada lagi adik beradik yang tahun ni giliran mertua

Gambar family kecil kami
Tengok jelah gambar ni. Punyalah payah nak buat mereka pandang kamera. Sabau jelah kan. Teringin nak buat photoshoot raya satu family. Tengoklah nanti macam mane.. 
Korang pulak?? Selamat hari Raya korang.. 

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *