INFO

5 Perkara penting yang perlu kita check sebelum balik kampung

Assalamualaikum

5 Perkara penting yang perlu kita check sebelum balik kampung | Dah start bercuti ke korang-korang semua.Amboi…penuh wall dok cerita pasal suasana nak sambut raya kan.kemain korang kan,bawak bag dah macam bawak almari.Tu pun rasa tak cukup bonet nak letak.hahahaha…

Ke mana destinasi korang tahun ni,Beraya di rumah mertua atau di rumah orang tua?Alhamdulillah,raya tahun ni aku berada di rumah keluarga aku di Kota Tinggi. tahun ni kita #teamrayajohor la awak…mestilah bestkan.Plan bercuti hari khamis.So malam ni dah bergerak balik ke Kota Tinggi.Bukanlah Jauh pun,tak sampai sejam perjalanan.Tapi disebabkan adik-adik balik lambat,kenalah yang dekat ni balik lebih awal untuk tolong mak ayah buat persiapan raya.Ada yang kata balik malam raya,pagi raya pun ada..Alahaii…kakak tak kisah sangat adik-adik nak balik bila pun.Janji tiba  dengan selamat.

Nak balik kampung tu,jangan lupa tau tanggungjawab dalam memeriksa rumah kita sendiri sebelum pulang ke kampung.Bukan main tinggal je.Kang ada pulak kes-kes yang tak diingini berlaku sepanjang kita bercuti.Kat sini aku nak senaraikan lah sikit untuk panduan kita bersama 5 checklist penting sebelum kita pulang ke kampung halaman.Barulah rasa tenang je dalam tempoh bercuti tu

5 checklist penting sebelum pulang berhari raya

1.PASTIKAN SUIS ELETKTRIK DIMATIKAN

Make sure semua suis elektrik dah dimatikan.Cabut semua plug yang ada dekat rumah tu.Kecuali peti ais ler kan.Kot korang ada pemanas air tu,wajib matikan.And make sure,hidupkan lampu yang penting seperti lampu depan dan belakang rumah.Nak biarkan rumah gelap gelita tak boleh jugakkan.Kang ada yang buat operasi dengan tenang dalam rumah tu.

2.PASTIKAN SEMUA PAIP AIR DIMATIKAN

lagi bgus kalau Paip air utama dimatikan.Jadi takdelah risaukan.Kang ada pulak berlaku pembaziran.

3.PASTIKAN ALAT PENGGERA RUMAH BERFUNGSI DENGAN BAIK

sebelum korang tinggalkan rumah tu,try test dulu keadaan alat penggera.Yang penting kena bagitahu kat jiran yang tak balik beraya tu mintak tolong tengok-tengokkan rumah.Sebab tu pentingnya hubungan baik dengan jiran.So,bila berlaku alat penggera berbunyi,jiran boleh tolong tengok-tengokkan.

4.PASTIKAN PINTU DAN TINGKAP DITUTUP DENGAN KEMAS

taulah excited nak balik raya,sebelum keluar dari rumah,bermula dari bilik ke bilik,dapur dan bilik air serta ruang tamu,kena check dulu ye.Pastikan tingkap di tutup dengan rapat.

5.MAKLUMKAN KEPADA PIHAK POLIS

paling last sebelum kita balik ke kampung,pastikan kita maklumkan kepada polis dengan mengisi borang yang disediakan bagi memastikan mereka ada membuat rondaan di persekitaran rumah bila kita balik ke kampung.

info : sureplify.com

So,make sure korang check dulu ye 5 checklist ni.Kalau korang dah buat ,boleh la korang beraya dengan aman dan damai.

Akhir kata,selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari saya

kisahsidairy.com

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *