RESEPI

Sotong Goreng Tepung mudah dengan Tepung Bestari

Sotong Goreng Tepung mudah dengan Tepung Bestari | Aku tau kebanyakkan korang mesti dah expert kan buat sotong goreng tepung ni.Baru-baru ni aku ada nampak tepung bestari ni dekat Redmart.Teringat kawan aku dok sembang kata bagus guna tepung bestari ni.

 

So,aku beli ler sepeket.Tapi terbeli yang  original.So takdelah rasa pedas-pedas tu.Tapi oklah kan,at least dak Naura tu boleh makan.Dia memang pantang nampak makanan yang pedas-pedas kat dalam pinggan dia,confirm dia reject pinggan nasi tu.

 

So hari tu memang plan nak buat sotong goreng tepung.Sebab dah lama jugak ler tak makan sotong goreng tepung ni.Kalau makan kat kedai dapatnya sikit kan.Bila buat kat rumah ni,boleh la buat banyak².

 

Macam mana nak buat sotong goreng tepung guna tepung bestari ni?Senang je..meh aku tunjukkan

First of all wajiblah ada sotong..Kang kalau ada tepung je,sotong takde,maka takdelah sotong goreng tepung.Sotong ni aku gaulkan sikit dengan garam
Tepung tempura Bestari.Bancuh sikit dengan air dan perap dengan sotong
Biarkan sekejap..Lepas tu letak sikit tepung bestari dalam bekas lain dan masukkan ler satu-satu sotong tu dan goreng macam biasa

 

So,jadilah Sotong goreng tepung
Hah..senang keje kan.Tak payah nak letak telur bagai.Ni pun dah cukup.Rasa sesedap rasa.Nak pedas korang letak la serbuk cili atau serbuk kari..bau ngam choi rasa dia..
Lebih pada tepung tu,aku buat kacang yang dok viral tu.Dapatlah sebekas.Jadi ler untuk kudapan Naura.Sebab dia je dok ulang mintak makan kacang tu.

 

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE